Wednesday, December 22, 2010

Puas Hati!



Alangkah susahnya memuaskan hati semua orang. siapa-siapa sahaja disekeliling kita. Majikan / bos, rakan sekerja, kawan-kawan, jiran sebelah, ibu bapa, mertua, En. suami, adik-beradik hatta anak-anak sekalipun..

Makanya sepertimana kebiasaan kita yang bernama wanita / ibu ditambah lagi dengan status bekerja adalah lebih-lebih lagi bertambah nya orang yng perlu diberi kepuasan.. biasanya kita akan berpuas hati apabila dapat membahagiakan orang lain .. dan kebiasaannya kebahagian dan kegembiraan itu datangnya dari perasaan BERPUAS HATI..

Maka berpuyu-puyulah kita... bermatian-matian.. berpengsan-pengsanan berkoma-komaan berusahalah kita menggembirakan orang a.k.a memuaskan hati semua orang.. tanpa makhluk disekitar kita sedari kadang-kadang perasaan gembira dan puas hati mereka datangnya dari jerih payah dan kelukaan terdalam serta pedih hati orang yang memuaskan hati serta perasaan mereka...

Ya saya tahu kegembiraan dan puas hati itu biasanya dinikmati bersama oleh pemberi dan penerima rasa gembira dan puas hati itu.. tapi pernahkah kamu dan kamu terfikir ... kadang-kadang orang yang berusaha serta mencuba membahagiakan serta memuaskan hati kamu juga terluka hatinya... luka yang tidak ditunjukkan malahan disembunyi dengan manis bibir, senyum tawa dan meraikan rasa gembira dan puas hati bersama kamu itu lebih sakit sebenarnya...tahukah kamu kadang2 airmata dan darah itu adalah harga yang perlu dibayar oleh senyum tawa kamu...

Owh... alangkah susahnya memuaskan hati semua orang..

Kawan-kawan.. memang rasa puas hati dan gembira itu sangat seronok.. tetapi kadang-kadang kita perlu menerima bahawa tidak semua yang kita mahu akan kita kecapi.. kerana itulah resam hidup.. bertolak ansurlah sedikit dan bertimbangrasa.. jika kamu mahu bergembira.. berseronoklah tapi jangan sehingga menekan perasaan serta jiwa insan lain.. kadang-kadang kamu tahu kepuasan hati kamu atas air mata serta pecah belah orang lain tetapi kamu tidak ambil peduli ...

Kawan- kawan ..
bertimbang rasalah sedikit..
gembira itu bukan sentiasa kita kecapi.... cukuplah dengan sedikit perasaan tolak ansur..
PASTI! kegembiraan itu akan datang malahan sentiasa menemani kamu ...

Memang! ... semua manusia serba kekurangan manakan mampu memuaskan hati semua orang bukan? Namapun bukan Tuhan ... =)
Tapi mencuba dan berusaha itu indahkan...
Hiduplah dengan rasa memahami..
Insya Allah yang namanya adil itu ada dimana-mana..

Oleh itu .. sekali-sekala berpuas hatilah kamu dengan sedikit rasa kurang puas hati itu..

p/s =) entry ini ditulis dalam keadaan aman.... tapi luahan perasaan yang terdalam.. maaf jika bahasanya agak
kucar - kacir.. maklumlah.. bukan senang memuaskan hati semua orang =) Sayanggg anda semua.. MMmuah!!!

Wednesday, December 15, 2010

Najjah @ Bersuka ria..






Owh... i'm in lurve..
Tudung Najjah adalah sangat lembut, sejuk & mudah untuk dipakai...  apatah lagi untuk si minah gedik bertudung pink.. berbaju purple seperti photo diatas.. Auww Mak suker =)

Sila2 lah menjamu mater ye.. rasanya ini entry yang kedua perihal si tudung Najjah =) Sangatt chantek.. & sungguh jatuh chenta..

Kesiannn dengan En. Kesayangan... 1 pun takde gambar coz telah dilantik menjadi photographer rasmi untuk Malaysian top Model version "KATIk" a.k.a cute =p diulangi chumell yer =p

Ya.. ini adalah photo kami weekend yg lalu.. bukan pegi manapun.. hanya mengusha2 dan menjamu mata serta mengisi pewutt sambil mengeratkan aktiviti kekeluargaan .. (cheewah tetiba tukar jadi entry skema ala-ala slot  pepagi kat t.v "Toot"

Have no idea sebenarnya nak share cerita apae.. tapi since ini adalah gambar terbaru.. silalah menjamu mata yer dear..

Owh... Si kecil Ian (expression sedikit tekujat)  hihihihiiii itew adalah wajah2 kebiasaan Ian.. Kenapa serius sangat anak mak sorang nih... smile.. sayang.. kasi nampak sumwa gusi2 pinky yang cute tuh.. macam abang dhiyya... seronok tayang sumwa gigi.. tapi berus gigi malas nauzubillah.. jenuh berkejaran sambil berbasahan nak berus gigi huh! suka suruh mommy jadi hulk vs monster pepagi..

Ehs.. kenapa entry tudung tetiba jadi jenjalan.. then marah2 anak lak.. tak best langsung.. jom kita berjemaah balik kepangkal jalan...

Owh..  dalam pantang perut adalah sangat kuruss tapi kenapa habis pantang nih.. payah sungguh nak maintain.. ergh... tensen balik..  ok kengkawan..

kalau ada petua slimkan perut... kita share sama2 k... sayang korang sumwa.. =)

Thursday, December 9, 2010

Perasaan adalah teruja =p

 
Perasaan adalah sangat teruja.. =)
Keterujaan yang teramat a.k.a gedik2 hihihihhiii... tak kisah, tak heran & takmo peduli korang nak curiga apa tapi perasaan adalah seronok + gedik-gedik =p...

Sumwa geleng kepala... masih tertanya-tanya..
Terpijak duit sejuta ker? Dapat present hevattt ker ...hiiihihihihiii .. make up free? makan free? owh tidak.. tidaklah sehevat itew..tapi...

Yess!!!! Lunch hour sebentar tadi.. si gedik ini berjaya menghadiahkan 3 helai shawl gedik buat diri sendiri..
Nak tau rasa apa.. macam nak pusying-pusying satu opis sambil menari gedik2 ala cik syida dlm youtube "waka waka" hahahahaaaaa ala cerita Cik Shida dari yang glemer 2,3 menjak nih takkan tak dengar kut.. meh sini kita bagi link "waka waka" hhihihiiii ... dah bejaman teman mencari shawl ala2 rainbow kaler tapi memanjanggg jer sold out mak kecewa tau.. punah harapan mak nak bergaya =p

sumwa shawl nih kita bagi gelaran yang kiter suka taww ... =)


1) Shawl blue diamond
seswai dipakai dengan kebaya biru makcik yang 2 thn dah tak muat tuh.. tapi tup2 lepas bersalin ian muat lak.. sapa tak seronok kan? harrrusss mak rasa hebat!



2)Rainbow gedik shawl
Sebenarnya sebelum amik yang kaler ala-ala rainbow tak berapa nak menjadik nih.. kita dah sangkut kat shawl sehelai nih..still in rainbow kaler tapi pastel kaler.. sumwa lembut2 silap gaya macam nak makan... cute macammm cupcakes.. tp time salegurl tuh nak bungkus sempat mata kita nampak ada beberapa benangnya macam tersangkut sikit..mmm kecewa kiter tau..Terrrus kiter mintak discount kat salesgurl tuh tapiiii budak tuh cakap tak boleh harga memang dah murah sangat.. MMmmmphh mak tak bleh nak cakap apa..dan memang harganya RM15.00 (kira murahla tuh! ..so kiter tak marah kita redhokannn ajer mak tukar dengan shawl yang lain.. so.. terambil la shawl sehelai ni yang nampak bergayut ala2 merajuk coz takde kumbang yg sudi menyunting.. di hanger nan sebatang hihihihiiiii...



3) Black cotton shawl
Nampak channnntek sangat.... maklum la hitam kan menawan.. nampak seswai sangat kalau kita padankan dengan jubah hitam yang mak kita belikan kat Mekah 3 thn lepas ... dah terbayang dah mak anggun bergaya ala-ala minah arab dengan spec itam coach yang dah senget sebelah coz... abang dhiyya dah dudukkan n simpan bawah seat kereta (rosak tawww)- ini adalah untuk perhatian En.Suami .... hihihihihi kalau ter...mak cakap terrrrr baca entry nih... silalah beli yang baru =p hehe.. kiter tak nak yang mahal-mahal tp kalau boleh prada yer =p uhuks! uhuks!!!

yer... yer rasanya cukup2 la entry gedik a.k.a menunjuk kiter hari nih yek.. nanti ada masa kiter bergaya kiter upload k... till then... bubbye dear..

Monday, December 6, 2010

Doa Selamat & Aqiqah Ahmad Dayyan Al-Haneen bin Mohamad Taufik





Assalamualaikum semua.. hehee tak lengkap rasanya pembuka bicara tanpa salam sebagai penjemput kata =)

Dah lama rasanya tak bersiaran bersama ... rinnnnnduuuuuu.. jadi buat pembuka tirai baru tak sabar rasanya memperkenalkan buah hati baru kami little Ian =) .

Pada 21 November 2010 bersamaan 14 Zulhijjah 1431 H selamatlah sudah tertunai ibadah Aqiqah & doa selamat buat si kecil kami.. terbayar rasanya hutang di pundak bila berjaya melaksanakan majlis sederhana buat si kecil.. Alhamdulillah .. daripada 70 + jemputan.. tak kurang 200 lebih tetamu yang hadir.. mommynya yang terlebih happy.. bila lama jari tak menari di keyboard nih rasa macam tergagap lak mencari ayat yang seswai =p

Penatttt tak terkata... lenguhhh sungguh dengan karenah si abang.. sepanjang alunan zikir dan marhaban kumpulan yang dijemput little ian tidow lena jer.. alhamdulillah baby tak merengek so..majlis cuku rambut a.k.a gunting sikit2 =p pun berjalan lancar ( little ian ada rambut sket jer..so kiter tak kasi cukur.. gunting ckit2 okla tuh!

so.. sila menjamu mata dengan aktiviti di majlis Ian



Direnjis-renjis dipilis... Ditepungilah tawar.. Hai beras kunyit ditabur.. Disiram si air mawar..

Door gift buat tetamu yang hadir.... (masih dlm proses =))


Kambing Aqiqah Little Ian


Our Happy FAmily.. Abang Dhiyya, En. Kesayangan, Mommy vogue (sibuk sampai shawl pun tak kemas .. n little Ian in da basket hehehee


Our Prince


Ian in White n blue teddy

Mr. Kesayangan & Abang


Wednesday, October 13, 2010



Tada.....!!!
present... our new hero.. AHMAD DAYYAN AL-HANEEN (Orang yang terpuji, kesayangan agama kami)

Born on 30th September 2010, 2.44 pm @ Gov hosp. Miri wif 2.35kg weight in 36 weeks =)
Syukurrrr alhamdulillah.. penantian sebegitu lama dan mendebarkan akhirnya ... tada.... lahirlah seorang putera cinta citra hati kami , kesayangan kami..

Lama benar dah tak online.. tak sabar rasanya mengkhabarkan berita gembira ini pada kengkawan sumwa.. yer.... i'm back 2 track again.. hahaahahaaa.. sedang busy menyahkan lemak2 terkumpul selama ini ;p

Doc plan untuk induce on 34 weeks cancel coz doc tgk baby sihat n air ketuban pun masih ok.. tp not more than 36 weeks kena induce jugak.. makanya pada 28 September jam 11.30 pg mak pun menyerahkan diri sendiri ke Hospital untuk diberanakkan (tuh dier kengkawan tak ngeri ker bunyinyer...)

Pagi 29 September jam 4.30 pg.. doc datang untuk check jantung baby dan pukul 8.00 pg doktor mulakan pil induce yang pertama.. untuk jam yang pertama aku boleh relax2 lagi sambil berborak dengan nurse dan rakan2 mak buyung yang lain.. tapi untuk jam2 yang berikutnya tok sah kater la.. mengerekot atas katil sakit bersalin tuh datang genap 5 minit dan untuk 3 minit sekali sehingga jam 5 petang sakit tersebut perlahan2 mulai hilang.. ergh.... aku komfiden sangat memang nak kena tambah dos induce nih sebab dari 1st baby hr tuh memang aku jenis yg susah sangat nak tunggu bukaan .. jam 7 mlm doktor dtg untuk check bukaan tp aku memang dah tak terasa sakit apa2 ... tuh dier setelah seksa seharian cuma 3cm.. doktor plan utk tambah dos keesokan paginya..

30 september 2010 jam 4.30 pg nurse datang untuk check jantung baby dan tepat jam 8.00 pg doktor check bukaan sebelum tekad untuk menghantar mak ke dewan bersalin dengan hanya 3cm bukaan.. mak dah nebes.. kat labour room nanti kompom doktor akan masukkan air ntah aku pun tak ingat yg bagi sakit dan mempercepatkan bukaan ..aku redho jer asalkan baby ok.. aku pun dah tak larat kalau sentiasa kena check setengah jam sekali dah bukak ke belum.. ngilu tuh kengkawan...

Aku disorong ke labour room seawal jam 9.00 pg dan aku pasrah untuk digodek2 kan... ;p
ya.. mak menahan kesakitan dari jam 9, 10, 11, 12, 1, dan 2 ptg tetapi bukaan sehingga jam 2.30 petang hanyalah 6 cm.. mak dah lemah, baby pun dah lemah.. since baby kecik.. doktor paksakan untuk push jugak sedangkan time tuh aku rasa dah letih dan hanyut sangat oleh kerana dos tahan sakit yang diberikan ... doktor masukkan 2 jari untuk membantu menarik baby sementara aku sepenuh nyawa meneran untuk membantu mengeluarkan baby tapi belum cukup kuat untuk keluarkan baby..sambil hampir tertido.. doktor dan nurse menepuk2 badanku untuk menghalang aku dari tertido.. mesti korang herankan macam mana dalam kesakitan aku boleh tertido.. aku pun naik heran sedangkan dari pg tadi sakit macam nak mati pendek katanya tp selepas doktor injectkan ubat tahan sakit terus aku rasa macam kat awang-awangan..patutla selalu org pesan kalau boleh jgn ambil ubat tahan sakit semasa bersalin.. akibatnya aku hilang tenaga dan mengantuk macam ditarik2 dah mata untuk tido... menyesal betul rasanya.. dalam rasa diawang-awangan aku dapat rasa 4 org nurse menkan perut sambil seorang berteriak.. cepat teran..teran kuat..teran kuat jangan biar baby lama sangat sangkut .. cepat cepat.. sambil doktor membuat potongan episiotomi aku mencuba sekuat hati.. akhirnya lepas jugak baby sehingga ke paras leher.. yang seterusnya aku dah tak ingat coz aku cuma rasa doktor menarik baby sambil keempat2 nurse tersebut menekan perutku.. skit langsung aku tak terasa kerana aku betul2 mengantuk..

plup... terasa baby terjelepuk atas katil sambil diselimuti mukus tebal.. lembik langsung takde bunyi.. aku dah nebes separuh mati aku tau baby lama sangkut kat dahi tadi tapi aku dah mencuba memang sepenuh daya.. doktor masukkan tiub untuk buangkan lendir dan dalam 5 minit terdengarlah tangisan pertama dari baby...

Alhamdulillah.. syukur sangat2 ke Hadrat Tuhan Semesta Alam Yang Maha Esa ... aku tak pandai nak lagukan kalimah, tak pandai nak menyanyikan puisi indah tapi bagi semua ibu2 di luar sana aku pasti kalian paham apa yangaku rasa... Bahagia.. Syukur yang teramat sangat..baby selamat akupun ok.. mungkin bahasku agak caca merba tapi yang sebenarnya.. aku sungguh2 tertekan sepanjang proses tersebut.. sangat2 mencemaskan..

Alhamdulillah tepat jam 2.44 ptg lahirlah cinta hati kami AHMAD DAYYAN Al - HANEEN awal lebih kurang sebulan dari tarikh jangkaan bersalin yang diberikan doktor (03 November 2010)
Dengan berat baby 2.35kg aku yakin kami berdua pasti tidak akan berlama2 di Hospital =) ...

Tapi takdir Allah lebih dari yang kita jangkakan...walaupun berat baby cukup baik tapi baby kena admit gak kat Special Care Nursery Hospital untuk observation due of GBS mother .. on antibiotic for 7 days n jaundice......

Melihat kesakitan baby Dayyan hari2 dimbil darah.. hari2 disuntik antibiotik dah naik kembang pun urat2 ditangannya.. kaki toksah cerita la.. dok bawah phototeraphy lamp memang nampak benar lubang2 bekas tusukan jarum.. menyaksikan kesakitan baby terasa cam serik sungguh dah.. time baby menangis sampai serak suara rasa cam nak tumbuk2 jer muka doktor tuh.. tapi mengenangkan doktor tuh nak mengubat aku sabarkan ajer.. kalau tak ader la glemer muka mak kat front page kot heheheeehe...

Anyway, Aku redhokan sajer... walaupun dalam hati terasa nak balik2 terus jer lepas bersalin..
Alhamdulillah.. day 13 complete antibiotic.. wif a very good weight n bacaan kuning pun menurun maka kami berdua pun dibenarkan balik...
Alhamdulillah.. apapun.. doakan kesihatan baby yang berterusan yer kawan2...

Wednesday, August 25, 2010

31 weeks n 1 day pregnant


khamis lepas ada temujanji di Hospital Miri (Pakar 1) Alhamdulillah.. check darah sumwa ok kata doktor.. Pagi Jumaat pulak ada temujanji di Pakar 5 Hospital Miri.

Result.. doktor plan untuk admit n induce in 34 weeks pregnancy bermakna hari raya ke-4 ... sangat terkejut dan tiba2 nebes semacam... rasa macam dah dekat sangat.. tapi alhamdulillah kalau dah lepas 30 minggu doktor cakap masa yang ok untuk baby lahir tp kena injection untuk matangkan paru2 dan on antibiotic utk 5 hari.. hoefully berat baby ok takla lama sangat berkampung di hospital nanti.. minggu lepas berat baby berdasarkan scan adalah 980 gram macam kecikkan maybe sebab bondanya kecik kot heheheh.. cepat2 la besar yer sayang.. =)

Masalah macam baby Dhiyya jugak.. air ketuban semakin sedikit..n mommy adalah positive group B streptococcus carrier... mintak cara utk tambahkan air doktor cakap belum ada ubat atau kajian saintifik cemana nak tambahkan air ketuban.. minum air banyak @ drip air pun belum tentu ada jaminan untuk menambahkan air ketuban.. pada kengkawan yg tak penah dgr GBS mungkin boleh google.. GBS adalah bakteria biasa yang ada hampir pada kesemua wanita tapi kesan nya sangat buruk kalau terkena baby..nauzubillahiminzalik.

Ya.. perasaan adalah sangat gementar.. teringat sakit dan keperitan semasa melahirkan bb dhiyya in 32 weeks.. 5 hari admit dan 4 kali dimasukkan ubat induce tapi bukaan still 1cm adalah pengalaman yang paling menyakitkan.. alhamdulillah ada 2 org nurse yang sangat prihatin.. malam yang ke-5 nurse A memaklumkan da rakannya si nurse B yang pandai untuk buat bukaan tp kena tahan ckit.. kali nih memang nekad.. kalau org lain sakit setakat 5,6,7 jam pun dah bising... apalagi mak yang kena menanggung kesakitan selama 5 hari.. sakit 7,8 jam kemudian habis effect ubat, sakit pun ilang kena induce balik macam tuh la berulang2 still gak 1cm..doktor cakap kalau dah induce sehingga kali ke 7 baru doktor tukar plan utk caeser since kepala baby memang dekat bawah so..doktor memang nak elakkan caeser. mak dah nekad kena mintak tolong jugak ngan nurse sorang nih.. tepat jam 12.30 mlm 29 Mei 2007 kami bertiga masuk ke bilik untuk memeriksa bukaan dan nurse B memulakan percubaan untuk membuka bukaan sekurang2nya 4cm supaya aku boleh disorong ke labour room ..alhamdulillah walaupun sakit teramat.. mlm tuh jugak bolehla disorong ke labour room dan dipecahkan air ketuban dan dimasukkan air utk mempercepatkan bukaan ... alhamdulillah tepat jam 6.36 pg , 29 Mei 2007 lahirlah buah hati kesayangan kami Ahmad Dhiyya Al-Deen dgn berat 1.98 kg yang mana beratnya turun sehingga 1.6 kg (kena berkampung jugak nak tunggu naik 1.8 br boleh balik dan habiskan antibiotiknya.

Kalau ingatkan sakitnya memang betul2 gementar rasanya..

Tolonggggg... mak nebes nih...

Wednesday, August 18, 2010

30 weeks pregnant..


Ya.. tak sangka.. kembang kuncup.. berdiri bangun .. jatuh telentang.. check in ward check out ward... akhirnya berjaya jugak hamba mengharungi 30 minggu bersama kandungan kedua nih =)

Another 10 weeks 2 go.... chaiyok! chaiyok1
Banyak sungguh cerita ingin dikongsi bersama.. dari cerita bergaduh dengan cik. ti (Mr. Mouse) di rumah lama (skang br pindah umah baru).. tentang En.Suami terchenta yang dapat surat transfer ke border hinggalah cerita ke berpindah ke rumah baru.. huhuhhuhuhu.. tak tau nak mulakan dari mana..

Tak sangka dengan keadaan yang macam ni.. sarat megnandung.. bulan ramadhan lagi berjaya juga kiter dengan kedrat yang ada.. mempacking segala tok nenek barang dari mula kawin sampailer ke toys baby dhiyya (1 lori mainan die sajer ish..ish...) .. kalau ikutkn memang mak tak larat tapi nak buat macam mana org tua jauh dimata sib baik ada kakanda tercinta yg tolong... Encik Suami toksah cerita la... kebetulan hari nak pindah memindah angkut mengangkut tuh jugak gigi dier nak sakit.. adoi..doi..doi.. salah timing betul la.. Mak naik kagum betul dengan budak forwarding 2 orang tuh.. badan kecik kemain tapi... selamaba jer ngangkat kotak, esbok segala.. dah biasa agaknya.. kengkawan bayangkan ajerla..dah la kita ni tinggal kat quarters gomen langit keenam..nan adonya lif2 tuh kengkawan oiii seret ler kaki tuh naik tangga turun tangga.. sib bait makcik kuat.. gagah jugak buat kerja.. lepas tuh cuti 2 ari pun tak ilang lagi lenguh2 dan sakit2 badan nih.. respect betul kat little baby nih.. takder komplen macam2 dok elok2 jer dlm pewut mommynyer =)

Kter pindah masih tak jauh dekat border Miri & Brunei jer .. namanya Kuala Baram .. Bulan depan bermulalah timing keja baru En.Suami jaga border kena ikut shift.. tak seronok.. tak seronok.. mesti keja shift dan office hour macam kita cuti tak sama.. huhuhuhu tak seronok sungguh.. =/

Adala amik gambar sekeping 2 time berpindah tuh.. barang - barang masih banyak yang dalam kotak.. nantila kengkawan yer.. ada masa kita tepek gambar our new home =) seronok.. sebab sunyi jer.. seronok sebab tak der dah tangga2 nak panjat hari.. tak seronok sebab kena lalu jem yang teruk bil gi keja.. kalau dulu 7.45 pun masih relax lagi nak gi skowl dhiyya dan gi keja.. skang nih.. amik masa 45 - 50 minit br sampai opis... but seminggu dua nih..jangan heran merahhhhhhh memanjang.. buka puasa pun memang tak sempat nak masak.. sebab sampai rumah lagi 2 minit nak berbuka.. mujur sekarang duduk dengan kakanda tercinta.. dia sampai awal sempat la nanak nasi dan masak sayur... =) luk dan kueh mueh sila beli di param heheehe

Sebenarnya panjang lagi mende nak cerita.. ada seronok ada tak seronok (tak seronok tak seronok <-- dah terjangkit bahasa upin ipin ngan bb dhiyya) ada masa kita sembang lagi yer.. nih pun curik masa lunch =/

Banyak lagi projek menjahit... tapi terpaksa tangguh dulu sebab sumwa barang pun masih berterabur huhuhuhu...

Sunday, July 25, 2010

Dhiyya Lunch bag




Dhiyya launch bag...=)

Diz is may latest project.. =) setetlah sekian lamanya si kecik membebel @ ngerepak bhs swknya.. sebab kena paksa bawa lunch bag kaler pink diulangi kaler pink bukan teruk manerpun... hari2 balik sekolah membebel..pink 4 gurl la mommy... blue for boy....

Maka mommynya yang rajin dan baik hati telah pun berjaya menyiapkan blue cup cakes lunch bag for Abang dhiyya =) hehehehehe... Alhamdulillah.. setelah sekian lamernya blog nih tak berhupdate... maka adala juga cerita untuk dikongsi bersama ;p

Baby quilt blanket pun ada 3 yang dah siap tp tak sempat nak amik gambar lagi.. yang tuh kendian kita cerita yek.. 4 set baby burp personal touch from mommy, 1 chocolate booties n 1 red quilting blanket utk mommy sendiri hehehe yang tuh tak siap lagi sedar2 batting tak cukup kena tunggu beli batting baru utk sambung siapkan.. ntah kenapa nak masuk 3rd trim ni..mencanak2 pulak nafsu menjahit hamba..sungguh seronok.. tak boleh nak duduk diam.. asyik carik pattern quilting... memanjang.. tapi kalau hantu malas dah datang menjenguk.. huh! tobat.... 4,5, bulan nafsu menjait nak datang balik.. so selagi mood menjahit ni masih ada... layangkan ajer yer.. =)

Tuesday, June 15, 2010

Dhiyya 3rd Birthday..











Happy 3rd Birthday.. Abang Dhiyya =)

Hehehe. ini adalah entry tertangguh @ entry terlewat..
sepatutnya kena update on 29th Mei lalu ..tapi oleh kerana terdapat kemalasan yang tak dapat dielakkan makanya ..tertangguh sampai hari ni... Sayannnng anak mama...sayannng buah hati mama..

Memula tuh.. si abang nih nakkan kek ada bulldozer, steamroller.. excavator bagai... tapi kedai kek tuh tak bleh pulah nak buatkan request custom sian.. si abang ngan suami tercinta yang dah siap2 lukiskan design dari rumah.. kena gakla pilihkan design yang dah sedia ada... sampai kedai sib baik si abang nih nak jugakla tempah si sponge bob nih.. yang nih abang pilih sendiri.. juz tunjuk2 jer kat album gambar yg dah sedia ada kat situ.. untuk sambutan kat rumah pulak kita tempahkan kek si elmo in red color =)

Malam sebelumnya dah siap2 packing2 kan toy's n jajan untuk abang dhiyya n member2 kat sekolah.. mommy buat lebih sikit untuk cikgu2 sekali... walaupun tak boleh nak lepak lelama sebab juz curik time rehat bebudak nih.. tapi seronok sangat coz cikgu si abang sumwa sporting n da principal herself bagi birthday card utk dhiyya... seronok sungguh dhiyya..

Harap 2 si abang tahun nih.. akan lebih matang.. nak ader adik tak boleh la nak mintak dukung selalu.. tuh ker dia.. budak baru masuk 3 thn tapi harapan bonda heheheh.. jadi anak yang soleh.. rajin belajar ... pandai mengaji .. hormatkan orang tua dan jadi insan yang berguna dunia dan akhirat amiiinnnn..

Love abang Dhiyya so... much.. from mommy n babah =)

Saturday, June 12, 2010

hihihiihii!!



Itewwww ke dia.....
berzaman sungguh dah blog nih tak berhupdate.. ingatkan lepas beranak br nak update cerita terkini hihihihihh.... sekarang nih dah lepas dah hazab 1st trimister untuk ibu mengandung nih yek.. hanya Allah yang tau.. jadi utk trim pertama nih.. tak perlu lah haku sebok nak berdiet...

itewwwwwwwwwwwwwww ke dia.. cukup 4 bln (16 weeks) 8 kg i turun you... heheheee.. memangggg tersiksa.. nyesal sungguh dulu tangkap eksen dgn makanan.. diet konon.. nah!! sekali Allah tarik nafsu makan , muntah sehariannnn ittew dier... menyesal.. sekarang tak mau dah eksen2 tak mau dah diet2 nak makan sungguh2 hari tuh apapun tak lalu... letak la apapun pegila resoren mana pun.. sumwa tak lalu ..ha kan.. hambik..

Sekarang nih kiter dah masuk 20 weeks k.. doakan yg terbaik untuk ibu dan baby yek.. so.. 5 bln pregnant 2 kali check in hotel hospital hihhiihhi ok lah tuh! memacam ader.. time 4 bln kena early contraction memang terasa nak terberanak sungguh.. sib baik mommy n baby kuat.. + doktor yang baik hati so.. lama kelamaan sakit ponn ilang.. sengsara jugakla dalam sebulan tu..

Mengandung kali nih takdela beza sangat dengan yang lepas... sakitnyer jer yang lebih ckit.. badan dah kertu agaknya ;p jangan2 dapat hero lagi... heheehe mommy tak kesah ..asal baby sihat syukurrrr ALHAMDULILLAH

Sekarang nih tengah leave doctor bg dalam seploh hari..boleh la nak rehat ckit.. kat opis tuh sibukkkk memanjang.. nak2 lagi cuti2 sekolah macam nih.. tuh dia... bersusun umat nak register kawen.. tunggu akak cuti bersalin boleh... heheehe

okla.. sahabat maya sumwa... kiter nak rehat dulu.. nak google2 resipi apa nak masak esok.. till then jaga diri baik2 yer...

Monday, March 8, 2010

Surprise !!!! =)




Ya! sila salahkan ini ===>
ini adalah punca saya sangat bermalas-malasan utk mengupdate blog akhir2 ini ... sila salahkan ini juga atas kemabukan, kemualan .. kemuntahan saya yang berterusan lantas melemah lesukan seluruh sendi ... jangankan untuk mula menaip ..menatap screen lap top pun terasa amat memualkan ... .. ya.. walaupun segala kelesuan,kelemahan, kemabukan serta kepeningan saya disebabkan ini... sungguh! saya sangat teruja & gembira... doakan yang terbaik dan sihat2 saja untuk saya ya kawan2 =) saya sayanggggggggggggggggg anda semua!

Monday, February 22, 2010

Operasi menguruskan diri


Ya.. gambar ini telah diambil selepas kami berjaya mengabiskan satu pusingan berlari2 anak @ pun berjuging bahasa manessnya..


duh!!! sila abaikan lemak2 tambahan tersebut ya kawan2 (padahal telah berusaha sedaya upaya menarik napas) ya ini ialah snap yg ke15 oleh en.suami..maka memang benarlah lemak itew mahu mempromote diri juga huh!

Yes..macamtulah kekanda ..amik gambar tuh jauh2 ckit tuh! fokus tang tut!!! kan timbul sumwa lelemak hehehehehe dr jauh agak ok kan..kalau dekat..k.o ;p
berat saya seminggu nan lalu adalah 49.8kg dan sekarang adalah 48kg ya ada 10kg lagi utk mencapai berat ideal sesuai dengan keranuman tubuh saya ;p ... sila chaiyo! chaiyokan saya yer kawan2... entry diet akan dipublish dilain hari sila bersabar yer.. (huh! macam ada peminat)

Sunday, January 17, 2010

Tudung Najjah









Salam sahabat2 di alam maya sekalian.. kali nih nak bercerita pasal tudung lak.. baru-baru nih aku dah terjebak ke dalam aktiviti mengoder tudung2 nih..apalagi shopping online lah kat najjah.com.. giler chantekkkkk tudung tuh.. kena lak dengan org yang cantik jadi modelnya ngan jurucakap produknya huhuhuhuhhu meleleh makcik... mujur muka makcik jenis yang bujur tapi idak ler sireh sangat..hampir ngan bulat ler jugak tapi seswai lagi la nak kenekan tudung nih pun..

Tuhhhh dia penangan tudung najjah nih.. sampai 7 helai makcik order dengan si finaz.. skang nih dah seminggu bergaya dengan tudung nih.. gi office, gi jenjalan hatta ke kedai beli susu anak pun makcik pekena gak tudung najjah nih..al-maklumla takde keturuan arab pakai tudung najjah kasi sanggul tinggi ckit.. blehla makcik nak perasan jadi makcik2 arab sekejap ;p heheheh

Takat ceriter jer ape kelassss kasi taruk itew gambar kasi tunjuk ... promote ckit... heheeh

Friday, January 8, 2010

Dhiyya goin.. 2 school =)

Amboihhh!! Seronoknya lunch dgn mommy... saya budak baru balik sekolah .;p hehe peace.

Mommy.. stoking tak pakai lagi nih.. cepatla.. lambat kang cekgu marah... =)

Saaaayannnng babah ....

Mommy....Mommy... kitorang balik dah...


TERUJA ... sungguh... teruja . agaknya macam tu jugaklah perasaan ibu-ibu yang lain bila permata hatinya mula menjejakkan kaki ke sekolah... mommynya yang terlebih excited sampai ambil cuti 3 hari.. ;p nervous siang dan malam... over acting... sekejap2 check apa lagi yang kurang ;p

hehehe Sejak.. 6 Jan lalu bb dhiyya mula menjejakkan kaki kat Q-dess kindergarten Miri .. =)
Dhiyya dalam kelas En.Picasso dan nama teachernya... Mmph.. mommy terlupa la.. hehhehee =)
Seminggu jugakla nak bagi budak nih serasi.. budak lain menangis hari pertama dan kedua jer... si kecik dhiyya nih dengan beregunya sapa ntah budak comel gurl sowang nih jer yang aku tengoh gigih jer melalak tiap pagi sampai seminggu .. lucu sungguh bila ingat balik.. berdukung jer ngan cekgu... dahla cikgu pinggang kecik jer.. sian cikgu tuh..

Masuk jer minggu kedua sekolah alhamdulillah takde dah nangis2 siap tak bagi aku masuk..pegang tangan cikdu dier masuk kelas huh! eksennn, aku lak yang terkejar2 nak salam ngan ciommmmm...

Sayannnng buah hati pengarang jantung cinta kasih mommy... belajar rajin2 yer..biar jadi budak pandai... tak lupa diri ...sayang kat orang tua dan menjadi kebanggaan semua =))))

ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME =P

1. Work is never ending process. You can never finish the works. 2. Interest of a client not more important than your family. 3. If y...