Wednesday, December 22, 2010

Puas Hati!



Alangkah susahnya memuaskan hati semua orang. siapa-siapa sahaja disekeliling kita. Majikan / bos, rakan sekerja, kawan-kawan, jiran sebelah, ibu bapa, mertua, En. suami, adik-beradik hatta anak-anak sekalipun..

Makanya sepertimana kebiasaan kita yang bernama wanita / ibu ditambah lagi dengan status bekerja adalah lebih-lebih lagi bertambah nya orang yng perlu diberi kepuasan.. biasanya kita akan berpuas hati apabila dapat membahagiakan orang lain .. dan kebiasaannya kebahagian dan kegembiraan itu datangnya dari perasaan BERPUAS HATI..

Maka berpuyu-puyulah kita... bermatian-matian.. berpengsan-pengsanan berkoma-komaan berusahalah kita menggembirakan orang a.k.a memuaskan hati semua orang.. tanpa makhluk disekitar kita sedari kadang-kadang perasaan gembira dan puas hati mereka datangnya dari jerih payah dan kelukaan terdalam serta pedih hati orang yang memuaskan hati serta perasaan mereka...

Ya saya tahu kegembiraan dan puas hati itu biasanya dinikmati bersama oleh pemberi dan penerima rasa gembira dan puas hati itu.. tapi pernahkah kamu dan kamu terfikir ... kadang-kadang orang yang berusaha serta mencuba membahagiakan serta memuaskan hati kamu juga terluka hatinya... luka yang tidak ditunjukkan malahan disembunyi dengan manis bibir, senyum tawa dan meraikan rasa gembira dan puas hati bersama kamu itu lebih sakit sebenarnya...tahukah kamu kadang2 airmata dan darah itu adalah harga yang perlu dibayar oleh senyum tawa kamu...

Owh... alangkah susahnya memuaskan hati semua orang..

Kawan-kawan.. memang rasa puas hati dan gembira itu sangat seronok.. tetapi kadang-kadang kita perlu menerima bahawa tidak semua yang kita mahu akan kita kecapi.. kerana itulah resam hidup.. bertolak ansurlah sedikit dan bertimbangrasa.. jika kamu mahu bergembira.. berseronoklah tapi jangan sehingga menekan perasaan serta jiwa insan lain.. kadang-kadang kamu tahu kepuasan hati kamu atas air mata serta pecah belah orang lain tetapi kamu tidak ambil peduli ...

Kawan- kawan ..
bertimbang rasalah sedikit..
gembira itu bukan sentiasa kita kecapi.... cukuplah dengan sedikit perasaan tolak ansur..
PASTI! kegembiraan itu akan datang malahan sentiasa menemani kamu ...

Memang! ... semua manusia serba kekurangan manakan mampu memuaskan hati semua orang bukan? Namapun bukan Tuhan ... =)
Tapi mencuba dan berusaha itu indahkan...
Hiduplah dengan rasa memahami..
Insya Allah yang namanya adil itu ada dimana-mana..

Oleh itu .. sekali-sekala berpuas hatilah kamu dengan sedikit rasa kurang puas hati itu..

p/s =) entry ini ditulis dalam keadaan aman.... tapi luahan perasaan yang terdalam.. maaf jika bahasanya agak
kucar - kacir.. maklumlah.. bukan senang memuaskan hati semua orang =) Sayanggg anda semua.. MMmuah!!!

No comments:

ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME =P

1. Work is never ending process. You can never finish the works. 2. Interest of a client not more important than your family. 3. If y...