Tuesday, August 25, 2009

Senario di bulan puasa


Kruukkk krakkk kruuukkk kraaakkk ( melodi irama perut nan bermeriahan setelah setengah hari ikut sama berpuasa) heheehe aku cakap ikut sama berpuasa kerana sedang dalam bercuti-cuti wanita) sila paham yer.

Erm.. walaupun tengah bersemangat waja mengibarkan bendera merah tapi sesungguhnya akupun seperti kalian juga enggan sewenang-wenangnya makan disitu sana kerana orang lain pun berpuasa heehee.. (sungguh kurang ajar kan untuk duduk bersila makan di pantry walaupun alasan nya aku sedang bercuti) hehehe.

Sungguh! walaupun pagi tadi sementara si kacak hensem (my hubby) sedang bersiap2 membibit bekalan si kecik dan memeriksa segala suis sebelum keluar rumah mencari rezeki yeah....di dapur, Aku sempat membancuh secawan milo dan melantak 2 keping Roti (paun kata urg Serawak) Iya! Sungguh! jam 11 pg tadi aku separuh pengsan kerana kelaparan..(tiba2 sedang "berfacebooking" aku rasa kepala aku blur, penin, tekak mual, perasaaan ingin muntah dan nah... perutku berlagu irama heavy metal dengan rancaknya, Sungguh keji kan.. terhina betul rasanya.. kemana pergi semua azam-azam diet sebelum ini. Huh! nak makan hanya sekeping roti keben untuk sahur dan berbuka puasa kononnya agar boleh bergaya anggun di Pagi Syawal nanti.

Herm.. nampaknya hancur lumatlah rancangan diet aku di bulan puasa... ;p (Sila lupakan niat anda untuk berbaju kebaya, berlenggang kangkung, Memimpin tangan si kecik dan lalu dihadapan orang ramai sambil disapa... cutenya adik, kakak disebelah sapa nama...? adik beradik sedondon la baju ) Muahahahahahahahha tinggi kan imaginasi aku... ;p

My baby is 2 years + & we have been married for 3 years +
(beginilah perbualan sepasang suami isteri dan seorang budak kecik di suatu petang yang damaiii)

Si Anak = bermain dengan wallet babahnya sambil sibuk menghamburkan seberapa banyak (wang ringgit) resit yang boleh hehehe (my hubby suka simpan resit beli barang dan padat2kan dalam wallet yang kecik sehingga kadangkala terbuang wang ringgit yang diingatkan resit huh!)

Tiba-tiba terjatuh lah sekeping gambar seorang gadis yang sungguh cantik dan ayu sekali... si anak terperanjat sambil berkata kakak antek... antekkk kakak (meanss kakak chantek)

Si Abah = Cantik kakak kan... ? (aku alihkan bahasa lah yer.. sebenarnya perbualan diorang nih dalam bahasa melayu Sarawak)

Tibaa-tiba jatuh pulak sekeping gambar jejaka hensem ..

Si Anak = Babah la.... babah encemmmm

Si Suami = sapa ni? hensemmnya...

Si Anak = babah... dis iz babah.... babah encem..

Si suami = tersengih gumbira

Si isteri = sibuk membelek kedua-dua keping gambar tersebut dengan perasaan yang agak tidak puas hati ;p baby tak kenal ke sapa ni? sambil jari telunjuk beriya2 menunjuk gambar gadis tersebut.

Si Anak = akak antekkk la mommy... kakak antekk....

Si Isteri = Sapa cantik ni...? cantikkan... boy... sapa ni? (dengan nada sedikit memaksa)

Si Anak = Akak.. akak .. akak.... antek... (sambil berlatar belakangkan suara si suami yang sedang ketawa berdekah-dekah)

Si Isteri = Nih mommy la sayang... mommy... mommy antek kan?

Si Anak... = No..no...no.... kakak.. kakak...

Si Isteri = nih gambar mommy la (zaman anak dara) mommyyyyy..... (ala2 mengaum)

Si anak = blur......

Si Suami = mommy la.. mommy cantekkan... mommy princess la... (nada memujuk)

Si Isteri = Muncung.... huh!



Iktibar = Sila mulakan senaman diet anda mulai sekarang....

Nota kaki = Budak kecik tak pandai bohong tau.. dorang cakap ikhlas... heheehehee

Saturday, August 22, 2009

Another pinky quilt...


Pinky quilt yang sudah siap sepenuhnya setelah diperam selama 2 bulan ;p (Sila abaikan model berbasikal yang sedang tergedik2 diatas =))

Hehehehe Sebelah hadapan dan jahitan sisi yang tak berapa kemas (sebab tu tak zoom dekat2 malu..
Sebelah belakang -Yesssza.. Alhamdulillah.. walaupun jahitan tak berapa nak kemas lagi kerana sungguh terkial2 semasa hendak menyambung bucu ditepi quilt tersebut... (masih tak faham) nak cerita apa yang tak faham pun tak reti sungguh blur. Sila faham entry ini walaupun anda tidak faham ekekkeekeek.

p/s = Nota kaki - nak menunjuk jugak walaupung hasilnya sangat biasa -biasa ;p

MarHabannn Ya Ramadhan..

Ahlan Ya Ramadhan...
Semoga di bulan ini kita sama-sama membersih diri...
Menambah barakah dalam kehidupan dan memperbanyakkan sedekah .. insya Allah

Sahabat Maya,

Selamat menyambut Bulan Puasa..
semoga diberi ketabahan menjalaninya
Semoga Fitrah di dalam hati kita
Semakin Suci Putih
Lahir dan Batin

Ameen...

Sunday, August 16, 2009

Psst.... Diari Seorang Ibu (Solehah kn bunyinya ) =)

(pssst.. gambar ini hanyalah hiasan semata-mata)

Diari Seharian seorang ibu & Isteri..


Pagi =... heheheeh bersahur seorang diri (kekekee kes lambat ganti posa nih)
Kenapalah nak menggantikan posa sehari terakhir tu lah yang paling payah. (Sungguh tak senonohkan..)

Ya.. walaupun berpuasa tapi semangat untuk spring cleaning di hujung minggu sangat lah membuak2 dan mencanak2 kekeekek (sila abaikan ayat eksen tuh) sehinggakan termimpi2 nak berkemas pada hari ini. Hari ni aku berhajat nak membersihkan kawasan dapur yang kusssssssssssssemengat hidup segan mati tak mahu tu... oleh kerana akhir -akhir nih (cehh padahal sejak dari dulupunnn) sangat jarang mengasapkan dapur so.. aktiviti pertama aku dimulakan dengan mengutip dan memilih bawang2 yang kering dan yang dah bertunas pun untuk disemai di halaman belakang rumah kekeeke (pun ayat auta sebab kami dudok qurters gomen tingkat 6 pulak tuh) jadi sila jangan berangan-angan untuk mempunyai tanah dihalaman belakang untuk bercucuk tanam Huh!... eh mana kamu tahu.. entah2 esok lusa saya beli rumah banglo ataupun ayat omputehnya rumah bungalow hehehe yang backyardnya sangat cantik siap ada air sungai jernih yang mengalir lagi.. mana tahu saya menang peraduan gores dan menang tak pun hadiah peraduan cap beras yang ingin saya ikuti (padahal belum lagi) tempoh hari..
Huh!!!! sungguh jauh cerita bawang ke peraduan menang beras ya kawan2 biasalah... ini belog.. saya maka saya bebas untuk ber momentum apa sahaja.. biar guru bahasa saya kechewa.. ahaks!!!

Setelah jari - jemari halus saya menggodek-godekkan rak bawang saya saya beralih ke rak sebelah atas untuk bahagian rempah pula mmmph... banyal lagi bunga lawang... jintan putih, ketumbar, oregano, kulit kayu manis dan segala macam lagi masih dalam keadaan elok.. check expired date pun masih ok.. so aku pindah kan dalam bekas yang baru dan susun2 la balik.

Tupperware yang lama2 dan tunggang langgang ( disebabkan budah dhiyya tu sangat suka AFC# dan akibatnya habisalah segala mak nenek tupperware sudu sudip aku dibuat mainan masak2 nya.. huh! tak sangka anak bujang aku suka sangat main masak2 (asal jangan tukar jantina sudahhh) aku cuci sumwanya dan keringkan kemudian susunkan dalam kabinet.

Sinki, Dapur segala macam temasuk tingkap dapur selamattttt aku gosokkan, sabunkan urutkan eheh... dan cucikan.... tak la sampai berkilat tapi bersih dan tenang jugakla mata memandang.. sumwa ni persediaan untuk menyambut ramadhan yang bakal tiba.. aku berniat memboikot bazaar ramadhan yangsudah 2 tahun juadahnya.... huh!!! bagi tokey dia sendiri makan pun confirmmm tak lalu... daripada sentiasa kechewa lebih baik aku sendiri yang menjadi chef untuk tahun ni... lambat dan letih setelah balik dari off.. sudah tentu tapi kali ni aku betul2 bertekad nak masak yang enak2 untuk si buah hati dan kekanda terchenta (eiii over) selalunya sampai rumah memang2 ngam2 time azan maghrib tapi takpela.. aku cuba gak....

Fuh... setengah hari siapla...Dapur umah gomen tuh dikerjakan.. penat..? takderpun.. hauss memang iyer...;p

dah tengahari pun.. rebuskan pasta untuk baby dhiyya, abahnya tak nak makan.. diet kunun.. setelah siap kemas2 kan meja makan masa untuk nappingkan baby Dhiyya bagi nenen sebotol.. tuh.. dia ternganga tido... Hubby terchenta pun lebih kurang sama turun naik berlawan sapa paling kuat dengkur heheheeh Saaayanng hero ku nan terchenta nih..

Aku macam biasa lepas siap2 cuci botol nenen hero kecil tuh bersiap2 untuk surfing internet surfing resipi yang best2 eheh... posa sehari dah sibuk meeting nak makan apa...

Aku Plan minggu nih nak jahitkan sarung bantal untuk si kecik tapi... mood menjahit tak datang-datang pun lagi.... rajin oh! rajin janganlah tinggalkan aku lama2 sangat.. kain berlambak, idea mencanak.. tapi... semangat entah dimana...

ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME =P

1. Work is never ending process. You can never finish the works. 2. Interest of a client not more important than your family. 3. If y...