Friday, April 24, 2009

Mood Baru














Dah seminggu rasanya aku mogok kerana komputer riba (klasik sungguh ayat nih) kesayanganku hilang lenyap dari pandangan mataku... huk! huk! sadis tau.. sedikit-sebanyak aku mula melupakan kenangan indah kami berdua tatkala duduk berdua di bangku bambu menanda cinta aku bahaaaa gia.. cheewah.. dan hari ini aku berazam untuk melupakan memori daun pisang...saat turun hujan..kekeekekek ish.. memori kejam itew... tak mengapa..kalau ada rezeki lebih, boleh beli lagi kan kan kan.. harap2 tahun nih pak najib akan bagi bonus kaw! kaw! kat kakitangan gomen seperti kami ;p hope so...

Minggu ni berlalu seperti biasa... sibuk2 sikit di ofis, sibuk di rumah sibuk dengan si kecik Dhiyya yang mulut bechok tuh.. kalah murai agaknya.. =) dah tido pun tadi, letih agaknya.. awal pulak tido.. erm.. ada satu kisah lucu yang nak aku kongsi bersama kalian sebenarnya sejak dua menjak nih aku sibuk nak usaha macam mana nak pisahkan baby Dhiyya dengan Ayun 'Buai" kesayangannya tu.. payah betul sampai sanggup tak tido kalau tak diayunkan.. dah tu kalau abahnya angkat senyap2 boleh pulak dia sedar.. melalak tetengah malam mintak diayunkan balik haru sungguh orang bujang tuh.. tak padan ngan bujang melawankan anak dara pulak manjanya.. semalam time aku nak vacuumkan ruang tami aku boh la sumwa kengkawannya (teddy,rain deer, barney,tigger segala rakan taulannya dalam buai tuh sementara nak clearkan lantai.. time tuh sebenarnya baby dhiyya dah nak tido dah.. time dia mintak buai tu ntah macam mana aku boleh cakap buai tak boleh nak pakai coz teddy dalam tu tengah tido jangan bising nanti terbangunkan diorang.. boleh dengan selamba dia mengalah dia buaikan segala teddy dalam tuh sekejap siap lagu sambil nenen lagi.. "lailahaillallah muhammadurrasulullah" versi Dhiyya la tapinya pastu aku perati je senyap2 sambil sambung sidai baju pulak (excuse me,pepagi takde maser okeh.. memalam ler time nak sidai, esok pagi juz sorong ampaian tuh kat luar jer ;p) takde pulak dia merengek macam tiap2 malam tu nak buai.. dia amik moo (teddy bentuk cow) pastu selamba jer baring then tido.. uish.. senang pulak. aku nih punyala heran siap panggil hubby tengokkan memang sah berdengkur pun tak sampai seminit... nak tergelak pun ada tengok kalau mummy tidurkan amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii macam2 la cerewetnya tapi bab teddy2 tuh sumwa huh! boleh pulak mengalah..

Harap2 esok lusa macam tuh jugakla.. senang jer tido tak payah nak berbuai2 dah.Dah tua pun next month nak masuk 2 tahun, aku tengok buai tuh pun dah tak cukup nak muatkan Dhiyya keluar jer kaki tuh even pakai sarung yang triple XL ;p heh! besar dah Dhiyya rupanya tak rasapun dah dekat dua tahun aku jadi seorang ibu.. agaknya dah boleh kalau nak adik baru ;p heheheehehe apapun kalau Allah bagi rezeki tu..kecil tapak tangan Padang Bola aku tadahkan.. doakan yer kawan-kawan =)

2 comments:

arazma said...

assalamualaikum,
last part yg paling sonookkk....

ya Allah, kurniakanlah dhiyya adik/adik2 buat teman bermainnya...amiinnnn...
klu padang bola x cukup besar, sewa la stadium shah alam ke, stadium liverpool ke...

sronok perhatikan gelagat anak kecik ni... ade masanya kena bersabar lebih... apa2pun, merekalah permata hati kita..

mamadhiyya said...

W'lam
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaammeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeen

mak suker...

ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME =P

1. Work is never ending process. You can never finish the works. 2. Interest of a client not more important than your family. 3. If y...