Hujung minggu nan indah



Mmmph.. malas sungguh rasanya nak bangun pagi ni apa lagi bila mengenangkan tak perlu bersiap-siap ke tempat kerja .. huhuhuhhuhu.. kalau hari-hari kan best .. kalau aku bilang kalau... ;)

Hubby awal-awal pagi lagi dah bersiap nak pergi service keta. Aku siap pesan mandikan sekali keta tuh bukan apa lama sungguh dah tuan punya badan tu tak mandi.. kaler hitam pun dah macam kelabu aku tengok. hubby bawak baby Dhiyya sekali .. walaupun tak ke tempat kerja bangun jugak nak siapkan hero yang 2 orang tuh.macam la nak jalan jauh siap bawak bekal nenen, pampers, baju ganti segala bukan apa takut ramai pulak yang q nak service nanti. Aku sebenarnya malas nak suruh hubby bawak baby Dhiyya sekali tapi Dhiyya kalau dah nampak babahnya bersiap.. sori la... nak kena tinggal, takpe la sekali-sekala.. Boleh gak dia belajar kat mana nak service part mana nak tukar ..hehehe ahaks! excuse me... he's only 22 month ok heheehee tak sabar sungguh mommynya nak tengok Dhiyya besar ;)

Mmmmph.. tinggal sorang-sorang kat umah cam gini tak tau pulak nak buat apa, umah dah kemas.. nasik pun dah masak.. part lauk jer lagi.. tak plan apa lagi nih.. heheheh hubby ajak lepak umah nenek (nek Atuk Dhiyya) lepas dorang balik service keta nanti.. heheeh makan kat umah nenek la nanti yek.. b4 tuh leh singgah mana2 dulu tapau lauk ahak!!! rajin sungguh ahkak di Hari Minggu nan mulia ni

Belah petang nanti balik dari umah nenek rasanya nak singgah fabric point dulu... ;p nak sambar kain barang sehelai dua.. plan nak buat beg dhiyya kain dah ada. yang lain tuh tak plan apa lagi.. tapi nak jugak beli kain.. ergh.. quilt tak siap lagi.. purse pun tak siap lagi dah plan nak buat yang lain.. tamak sungguh kan. cuba la siapkan satu-satu heheheheh ;)

Comments

Popular Posts