Thursday, April 30, 2009

My Hero

Ah Yin...(Darling...) senyum lok mommy mok amik gambar tok!! =)

Tak Ready lagi..

So..cute
my 2 handsome Heroes,
Apsal rambut Dhiyya jadi cam pompuan yek... sebenarnya rambut belah depan tu dah panjang sangat sampai mencocok matapun.. dah tak tahan sangat aku pon guntingla.. alih-alih ingat nak bagi macam boy ckit.. boleh jadi makin ayu.. sah2 aku takde talent jadi barber heheeheh ;p

Entry takde nak cerita apa-apapun.. minggu nih tak bersentuh langsung pun mesin jahit tu.. mak letih u... banyak sungguh keja kat off. tu.. balik umah nak buat apa pun dah tak larat .. siap-siap keja umah sikit pastu landing... baik punya..(tido) krohhh!! kroohhh!!

Esok labour day..
Yeay..Yeay cuti.. Selamat Hari Buruh Sumwa buruh-buruh sedunia ;)
Selamat bercuti-cuti Malaysia..

Cuti-cuti ni rasanya nak jalan-jalan carik fabrik.. yeah... itu tugasan dari minggu lepas lagi entah bila la agaknya boleh singgah.. niat tu ada.. oleh kerana dilanda kesibukan seminggu dua nih.. tergendala jer program tu.. harap-harapnya minggu ni menjadi lah yer.. =))

Sunday, April 26, 2009

Balik kampung..oo Balik kampung...

Dhiyya wif mummy main kejar2 itik (ops! sila abaikan gambar lengan separuh yang sebesar balak itew... Argh.. mak dah gemm... duh!!)

Ya Ampun.. gambar tersebut menyerlahkan lagi lemak 2 yang tidak dijemput itew.. tidak... macam monster pulak dok kejar belakang Dhiyya hheeheeh almost no shape pergh... kena diet nih...

Biasanya, kalau cakap jenguk nenek mesti orang ingat balik kampung..
Jadi Petang tadik kitorang singgah umah nenek (tak lah jauh manapun..) kira balik kampung lah yek .... hehehe ..
Lepak-lepak makan siput sedoottt (tak ingat nak amik gambar) my sibling, mummy, daddy n uncle cakap sedappppppppppp hubby pon suka tapi aku tak sampai hati pun nak try.. heheheh dorang cakap rasanya macam kerang.. oleh kerana kerang pun bukan peberet i hheeheehe so.. takpe la.. kalau siput tuh sarong cantik-cantik pakaikan baju blink-blink baru aku sanggup hisap rasanya =) jahatkan aku .. ;p

Saturday, April 25, 2009

Bag Lagi ....

nih lah brand tag kiter... =)
Pink you!

Part poket beg tuh.. jadi peberet.. ;p heheheh payah jugak la nak siapkan

Belah dalam ada 1 lagi poket..

Another new project, heheheeh seronok sungguh rasanya bila dah siapkan sejibik lagi beg nih... tak tau nak namakan apa pun.. handbag lah kut ;p kain nih mulanya nak buatkan laptop cover untuk my sis.. heheeheh oleh kerana mood buat beg datang so... selamba ja aku boleeh pick da pink 1 dalam banyak2 kain tu dan potong heheeh dah siap tuh baru sedar.. sorry sis.. nanti beli kain yang baru =)

Projek semalam nak beli fabrik lain tak jadi.. tu lah namanya manusia. Kita hanya mernacang tapi Allah jualah yang menentukan segalanya..

Ayahanda dan bonda terchenta mengunjungi kami semalam, Sempat juga bermalam semalam sebelum tu tido umah kakak hari nih tadi lepak umah atuk pulak.. ;p busy sungguh schedule orang tua tuh bila sesekali bercuti.. Mak cakap sekali turun Miri kena melawat sumwa biar adil.. umah kakak semalam umah haku semalam umah nenek (mak kepada mak) semalam =) tuh pon haku sikit nak merajuk dah ingat mak dah tak sempat nak singgah mau muncung aku sedepa heheheheheh jahat sungguh anak nan sorang nih yek.. petang tadi dorang dah bertolak balik Bintulu.Adik pulak tinggal nak melepak di umah kakanda tercintanya nih.. heheh aku suka jer.. ada la yang nak temankan dhiyya main..

Opss lupa lak semalam pun dah siapkan seluar pendek (seluar tido) untuk ayahanda tercinta tak sempat nak amik gambar kaler purple lagi.. ;p heheheeh bapak cakap takper bukan nak bawa keluar pun nak buat tido jer..;p

Penat jugak rasanya minggu nih.. kehulu-kehilir sibuk macam-macam kena buat tapi keletihan tuh hilang bila orang tua datang apalagi bila boleh siapkan beg =) hehehehehe tuh lah yang paling membahagiakan... baru jam 8.00 mlm dhiyya dah tido pun.. letih sangat agaknya bejalan sehari suntuk petang tadi lepak umah nenek (atuk dhiyya) boleh main kejar-kejar dengan itik heeheeh seronok tengok Dhiyya.. 1st time jumpa itik.... becok jer mulutnya.. kepong duck kepong duck... nak tergelak pun ada Bahasa Sarawak campo Omputih huh! tak seswai...

Hujung minggu nan indah



Mmmph.. malas sungguh rasanya nak bangun pagi ni apa lagi bila mengenangkan tak perlu bersiap-siap ke tempat kerja .. huhuhuhhuhu.. kalau hari-hari kan best .. kalau aku bilang kalau... ;)

Hubby awal-awal pagi lagi dah bersiap nak pergi service keta. Aku siap pesan mandikan sekali keta tuh bukan apa lama sungguh dah tuan punya badan tu tak mandi.. kaler hitam pun dah macam kelabu aku tengok. hubby bawak baby Dhiyya sekali .. walaupun tak ke tempat kerja bangun jugak nak siapkan hero yang 2 orang tuh.macam la nak jalan jauh siap bawak bekal nenen, pampers, baju ganti segala bukan apa takut ramai pulak yang q nak service nanti. Aku sebenarnya malas nak suruh hubby bawak baby Dhiyya sekali tapi Dhiyya kalau dah nampak babahnya bersiap.. sori la... nak kena tinggal, takpe la sekali-sekala.. Boleh gak dia belajar kat mana nak service part mana nak tukar ..hehehe ahaks! excuse me... he's only 22 month ok heheehee tak sabar sungguh mommynya nak tengok Dhiyya besar ;)

Mmmmph.. tinggal sorang-sorang kat umah cam gini tak tau pulak nak buat apa, umah dah kemas.. nasik pun dah masak.. part lauk jer lagi.. tak plan apa lagi nih.. heheheh hubby ajak lepak umah nenek (nek Atuk Dhiyya) lepas dorang balik service keta nanti.. heheeh makan kat umah nenek la nanti yek.. b4 tuh leh singgah mana2 dulu tapau lauk ahak!!! rajin sungguh ahkak di Hari Minggu nan mulia ni

Belah petang nanti balik dari umah nenek rasanya nak singgah fabric point dulu... ;p nak sambar kain barang sehelai dua.. plan nak buat beg dhiyya kain dah ada. yang lain tuh tak plan apa lagi.. tapi nak jugak beli kain.. ergh.. quilt tak siap lagi.. purse pun tak siap lagi dah plan nak buat yang lain.. tamak sungguh kan. cuba la siapkan satu-satu heheheheh ;)

Friday, April 24, 2009

Mood Baru














Dah seminggu rasanya aku mogok kerana komputer riba (klasik sungguh ayat nih) kesayanganku hilang lenyap dari pandangan mataku... huk! huk! sadis tau.. sedikit-sebanyak aku mula melupakan kenangan indah kami berdua tatkala duduk berdua di bangku bambu menanda cinta aku bahaaaa gia.. cheewah.. dan hari ini aku berazam untuk melupakan memori daun pisang...saat turun hujan..kekeekekek ish.. memori kejam itew... tak mengapa..kalau ada rezeki lebih, boleh beli lagi kan kan kan.. harap2 tahun nih pak najib akan bagi bonus kaw! kaw! kat kakitangan gomen seperti kami ;p hope so...

Minggu ni berlalu seperti biasa... sibuk2 sikit di ofis, sibuk di rumah sibuk dengan si kecik Dhiyya yang mulut bechok tuh.. kalah murai agaknya.. =) dah tido pun tadi, letih agaknya.. awal pulak tido.. erm.. ada satu kisah lucu yang nak aku kongsi bersama kalian sebenarnya sejak dua menjak nih aku sibuk nak usaha macam mana nak pisahkan baby Dhiyya dengan Ayun 'Buai" kesayangannya tu.. payah betul sampai sanggup tak tido kalau tak diayunkan.. dah tu kalau abahnya angkat senyap2 boleh pulak dia sedar.. melalak tetengah malam mintak diayunkan balik haru sungguh orang bujang tuh.. tak padan ngan bujang melawankan anak dara pulak manjanya.. semalam time aku nak vacuumkan ruang tami aku boh la sumwa kengkawannya (teddy,rain deer, barney,tigger segala rakan taulannya dalam buai tuh sementara nak clearkan lantai.. time tuh sebenarnya baby dhiyya dah nak tido dah.. time dia mintak buai tu ntah macam mana aku boleh cakap buai tak boleh nak pakai coz teddy dalam tu tengah tido jangan bising nanti terbangunkan diorang.. boleh dengan selamba dia mengalah dia buaikan segala teddy dalam tuh sekejap siap lagu sambil nenen lagi.. "lailahaillallah muhammadurrasulullah" versi Dhiyya la tapinya pastu aku perati je senyap2 sambil sambung sidai baju pulak (excuse me,pepagi takde maser okeh.. memalam ler time nak sidai, esok pagi juz sorong ampaian tuh kat luar jer ;p) takde pulak dia merengek macam tiap2 malam tu nak buai.. dia amik moo (teddy bentuk cow) pastu selamba jer baring then tido.. uish.. senang pulak. aku nih punyala heran siap panggil hubby tengokkan memang sah berdengkur pun tak sampai seminit... nak tergelak pun ada tengok kalau mummy tidurkan amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii macam2 la cerewetnya tapi bab teddy2 tuh sumwa huh! boleh pulak mengalah..

Harap2 esok lusa macam tuh jugakla.. senang jer tido tak payah nak berbuai2 dah.Dah tua pun next month nak masuk 2 tahun, aku tengok buai tuh pun dah tak cukup nak muatkan Dhiyya keluar jer kaki tuh even pakai sarung yang triple XL ;p heh! besar dah Dhiyya rupanya tak rasapun dah dekat dua tahun aku jadi seorang ibu.. agaknya dah boleh kalau nak adik baru ;p heheheehehe apapun kalau Allah bagi rezeki tu..kecil tapak tangan Padang Bola aku tadahkan.. doakan yer kawan-kawan =)

Sunday, April 19, 2009

Funny Little Dhiyya






Gambar pertama tu hubby amik kat Fratini's time dinner .. tak nak mummy suapkan nak makan sendiri habis.. pinggan mummy sekali Dhiyya tolong cedokkan... so.. comot... sedap betul agaknya spaghetti sampai pipi sekali nak try makan..

He..he..he.. another picture..
TEngok muka tu. pun dah lawak.. =) he.he..
Asal majuk n temper masuk dalam bakul.. asal masuk lam bakul tuh.. nak temper la tuh..
Muka boring paksa mummy bukak Thomas & Friends.. tapi mummy malasss nak layan.. asyik2 ulang lagu yang sama ;p sajer nak nyakat sebenarnya.. suka tengok muka jadi macam tu.. muka comot lepas makan biskut chocolate, Muka tensen sebab kena amik gambar time marah ;p hehehee sayannng anak mummy buah hati mummy... dah..dah..dah... jom tengok thomas...

Bad Day



Good bye my Cute Little ASUS

Mmph... Sedish.. Hampa.. Kechiwa..Duka & Airmata ...
2 Hari lepas lap top kesanganku telah 'Dicuri..." bukan pasal rumah kena rompak itu episod luka yang lalu ya kawan-kawan... bukan PERSONA kesayanganku yang dikopak... oh! tidak..tidak itu juga episod gila nan lalu, Kali ini Lap Top kesayanganku hilang di Pejabat 'Toot" satu tempat di Miri. Sangat... frust kerana banyak pattern serta tutorial jahitan kesayanganku masih tersimpan rapi dalam folder lap top tuh.. tak sempat nak print pun lagi.. sadis betul..

Hari Jumaat tuh tak sempat nak lunch coz nak ambik masa lelapkan mata sekejapmasa rehat tengahari tu (gara-gara baby dhiyya merengek demam dapat lelap pun jam 3.30 pg - mauu tak mamai aku gi keja) aku makan lewat sikit hari tuh.. dalam dekat kol 4ptg cam tuh aku gi pantry jap makan rojak dengan cendol yang aku kirim kat member off. tau2 lepas 15 minit macam tuh.. balik kat bilik, balik ingat nak sambung kerja ckit2 tau2 tinggal charger..ngan modem jer atas meja... aku pikir sapa la budak opis yang nak buat lawak bodo petang Jumaat nih.. coz ada gak bebudak opis yang suka buat lawak tarzan main sorok2 handphone tapi tak pernah lagi la buat lawak ganaszz dok sorok lap top. aku pun melilau la cari dalam laci, bawah meja dalam handbag ;p tak puas hati nih.. rasa2nya aku tak simpan pun b4 gi pantry tuh.. kecoh satu opis carik.. sah takder saper yang buat lawak memang lap top aku kena curik oleh pencuri bodoh mana ntah.. aku heran pesal dia bukak modem, charger, mouse segala... terdesak sungguh dia..

Frust.. betul, Lappy tu hubby tersayang hadiahkan time birthday hari tuh.. time dier offer nak belikan h/p blackberry untuk aku , aku pulak beria2 nakkan lap top tu.. tak sangka tak sampai setahun pun.. dah ilang sakit ati betul.. kalau dapat kat aku la pencuri tu.. Mmmph... mau arwah aku kerjakan sakit betul..
apsal la banyak sangat penchuri sekarang nih.. 2004 -2009 la aku dok kat Miri nih macam2 barang dah ilang... Ei.. Keja tak nak..

Nih la gara2 pindah bilik hari tuh.. bilik aku hari tuh elok jer tersorok, kena suruh tukar pulak ... nak buat cemana dah kuli follow jer la.tau aku selalu jumpa client yang macam2 peel letak la kat tempat yang save sikit nih.. pergh.. entah masa mana la orang tuh melilau perasan kedudukan lap top aku ngan hand bag aku segala. Handbag tuh sempat juga dia godek tapi tak dan nak amik aperpun ada orang lalu agaknya. Bilik aku sekarang nih.. ngam2 tepi pintu belakang off. kalau pintu belakang tuh bukak sapa2 yang lalu lalang memang nampak jelas la segala reta atas meja aku tu. Member2 yang nak merokok memang salu kuar ikut pintu belakang tuh.. aku rasa memang pencuri tuh dan kenen kat lap top aku 2,3 hari dah kot.. mungkin dia selalu lalu kut tepi opis kitorang dan dok tunggu masa nak usha lap top tuh..

Apapun mujur pencuri tu tak amik modem nih.. kalau tak HArU..........
Nak beli baru? Erm.. lambat lagi kot.. buat masa nih.. mummy pinjam ur VAIO dulu lah yer darling... ;p

LIfe must Go On...
Semoga pencuri tuh kena kejutan elektrik time guna lap top aku Ameen..

Thursday, April 16, 2009

Baby Dhiyya got Fever



siannn kat orang tuh.. Dah 2 hari demam... semalam petang ambik Baby Dhiyya kat umah pengasuh.. pastu dorang cakap badan dhiyya ada panass cket.. then my hubby pegang badan dia pun memang ada panas sikit dari biasa... stok ubat kat umah ada lagi so.. kitapun takder plan nak singgah klinik.. balik umah kiter kasi panadol ngan ubat selesema buka baju dan lapkan dengan air kasi sejuk sikit...

Nampak macam ok sikit so kiter tinggalkan Baby Dhiyya sekejap main2 dengan hubby.. nak masak sekejap.. mula tuh elok jer main masa hubby tinggalkan untuk mandi.. tak lama pas tuh dah start merengek-rengek dok menyelit2 kat kaki kiter time masak... kiter buat udang masak kunyit n sayur campur.. sambil2 tuh layankan jugakla si kecik tuh.. siann pulak tengok macam tak selesa.. abis2 masak jer hubby amik turn jaga sementara kiter siapkan meja untuk makan malam tuh.. b4 tuh nak pegi mandi dulu.. tau2 rasernye tak sampai 5 minit pun mandi.. dah dengar Baby Dhiyya macam terjerit2 kat luar menangis so kiter cepat2 lah mandi ... punyala kuat menangis sampai terjerit2 risau pulak so.. hubby cancel nak makan ajak pergi clinic coz badan Dhiyya dah panas sangat rasanya.. time hubby lap2kan tuh macam menggigil pulak risau takut melarat ..tak sempat nak makan takut tak sempat gi clinic.. jam dah kol 7.30 pm sib bait Clinic Cheah Children Specialist tutup jam 8.30pm sempatla nak pecut dulu..

Lepas siap2 nenen,diapers, air suam n baju ganti (takut termuntah )kita pun pecut ke clinic.. sampai2 tuh.. fuyooooooooooooo ramainya umattt. Musim budak demam agaknya sekarang ya.. cuaca pun tak berapa nak betol.. jap panas jap hujan lebat jap mendung.. jap tuh terik pulak.. mph... Time tunggu turn tuh boleh hubby terlelap kat kerusi luar tuh mengantuk sangat agaknya dahla tak sempat nak makan tadi sian pulak nengok.. kiter pun dah macam2 irama kat perut tuh sebenarnya.. sampai clinic tuh jam 8.00 mlm rasanya.. Turn bb Dhiyya pulak lam kol 9.30pm pergh.. sabar jerla.. Time kat clinic tuh elok pulak main ngan kawan.. siap berlari2 menyanyi2 lagi.

Kitorang sampai umah lebih kurang kol 10 mlm .. Mmmph.. baby Dhiyya dah tetido letih sangat agaknya.. hubby dengan i macam biasa heheeeh terus terkam meja makan sempat jugakla panaskan nasik lagi sekali... mph.. lewat malam manala ada selera sangat.. heheheeehe... (psst!psst! padahal lalu jer 2 pinggan)

Hari nih belah petang tadi Baby Dhiyya ikut kita pegi off. ingat nak jenguk jer kat umah pengasuh Dhiyya tengahari tadi nak kasi ubat.. tau2 tak nak lepas menangis2 nak ikut... jadi ikutkan jerla.. bawak ke off. sib baik mood ok tak mengamuk kat off. kena pulak public ramai petang tadi.. Mujur Baby Dhiyya dengar cakap mummy ... dok elok2 main pencil colour dengan colouring book kesayangan dia =)

Siannnn anak mummy.... Sayanggggg baby Dhiyya kalau mummy ni ada duit million..million or billion billion... huh! sorienya mummy nak keja. dok umah jaga Dhiyya laaaaagi seronok....

buttercupdiagram bag






=) inilah versi handbag pertama yang kiter cuba.. dapat pattern dari made by rae buttercup diagram bag heheheeh kiter start buat jam 10.45 pm dan siap dalam kol 12.30a.m macam tuh... mata tak ngantuk pon.. beg nih kiter siapkan cepat... mulanya nak gunting kain jer dulu takut lambat plak tido esoknyer nak keja pulak tuh... ntah hangin kus kus maner datang bertiup sepoi-sepoi language macam bersemangat jer lepas gunting kain... tup..tup terrr jahit sampai siap pulak... ingat nak gunting pattern jer dulu. ;) Sejurus lepas siap jer beg nih sibuk kejutkan hubby nak posing dan menunjuk ;p heheheeh kiter bangger uols.. tapi dari segi jahitan tuh tak berapa nak kemas .. harrus diperbaiki lagi dari masa kesemasa ..** wink

Plan hujung minggu nih nak buat 2,3 bijik nak hasil yang chantek-chantek... harrus perlu banyak latihan betul tak sifoo-sifoo sekalian... =) tak sabar betul nak tunggu hujung minggu nih.. esok dah Jumaat yeay..yeay... boleh menggodek2 mesin jahit tuh i rinnndeww.. mmmuah!!!

Monday, April 13, 2009

My Sweetheart...




Erm..
Lama betul dah tak bercerita tentang si kecik yang semakin becok tu..
2 bulan lagi Dhiyya bakal menginjak ke usia 2 tahun 29 Mei sentiasa terpahat di hati ... udah lah anak pertama ukan main payah lagi time nak melahirkan tuh.. kena induce lagi.. mau tak serik rasanya ;p

1. Pasal berlari no.1 skang nih.. tak pandai dah nak berjalan tapi still jatuh2 jugak kekadang tuh.. ader la jiran2 cerita bb lain kalau dah umur tuh cukup kuat dah.. i tak kesah coz bb dhiyya lahirpun prematured so.. sebarang kelewatan dari segi pergerakan tuh perkara biasa...

2.Mulut bujang murai tuh cukup becok skang nih. dan dah boleh faham arahan.. kekadang tuh mengada jugak kiter siap jerit panggil time sebok memain boleh jer dier buat tak tau.. suke suruh temparature mummynya naik selalu. Suker main sorok2 time lepas mandi.. tak suke pakai baju..suka buang pampers.. kengkadang tuh sian..kat babah dok kutip "toot" jatuh atas lantai.

Dhiyya 22 month can say..

1. Kucing = Cat..... eow..eow..
2 Anjing = Dog.... Auk..Auk... sometimes.. Woof Woof
3. Cicak = Lijerd.... ;p
4. Nak Nasi = mamam Acik mummy..
5. Babah = ayang(sayang) or Aying (Darling)
6. Mummy = Mummy
7. Nenek = Mak Nik.. n Wannnnn
8. London Choco Roll = Yandennnn coco yoll ;p
9. Poop = O' O'
10. Nenen = CucU Aying..
11. Tido = Ayunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
12. Sayur = Cayo....
13. Ball = kick Boss mummy - kalau boss dengar nih mau dier ingat dok kutuk dier depan anak ;p
14. Ribena = ayek ina mummy
15. Orange= Oyenges mummy
16. Main = Cookin..... sangat suker main masak2 ;p
17. Kalau babah tutup t.v
18. Time kena dukung mesti menjerit2 cakap nak tuwun.... nak tuwun or atat tuwun means angkat turun.. so funny.

19. He can count 1 to 10 sumtimes missin number 8 heheh
20. alif ba n Ta
21. A to Z owes missin huruf G
22. Can sing Twinkle2, Ba..ba black sheep also..;)

Perasan tak? setiap hujung ayat tuh harrus ader mummy ;p -arahan ler tuh sebenarnya. Bab nak nenen jer boleh suruh babah- cucu aying... hehehehe;p bab nak nenen nih memang tak bleh lambat tapi mummy kena stay dekat dier jugak.. tak boleh nak bangun langsung terutama sebelah malam tuh.. kalau mummy yang bangun bancuh susu confirm makin kuat meraung... payah pulak nak pujuk so.. dah terbiasa mummy dodoikan n hubby ready da susu n teddy bucuk..

Orang sekarang dah besar.. tak leh nak gomol2 cium2 lagi... payah betul nak peluk.. sebok nak main jer... tak mau dah kena dukung sebok minta turun nak jalan sendiri.. terasa cepat betul masa berlalu.. cam baru semalam tengok Dhiyya belajar meniarap.. dah berlari pun sekarang.. mulut pulak becok tanya macam-macam.

Pantang nampak colour pencil... start la menconteng... mentang2 la dok quarters gomen tak larat dah nak mengelap dinding2 tuh.. biorkan ajerla... skang hubby dah lekat kertas besar kat area dinding sebelah t.v so,... selalulah dhiyya mencurahkan idea kreatifnya kat situ.. ;)

Malam ni awal pulak Dhiyya tido.. siang tadi pengasuhnya cakap tak berapa nak makan so.. dinner tadi hubby tersayang ajak makan kat Deli france so... ngengada betul nak spaghetti la cheese cakes la.. yang tuan perabiskan order tuh of coz ler i... hhehehe tak baik membazirkan ;p (badan i dah mencanak2 naik nih.. tulunnn)
lastly ice cream tuh jugak yang dhiyya habiskan.. aperpun asal makan kan sayang... sikitpun takper... time ready nak bayar tuh.. boleh sudu ice cream tuh terrrrpelanting kat waitress 2 orang tuh.. tekejut anak dara 2 orang tuh kena sembur dengan ice cream cair naik kesian jugak nengokkan .... tak pasal2 kiter kena mintak ampun dan mahap kat kakak chantek 2 org tuh.. nasib penyebabnya budak, dok tersengih2 jerlah 2 orang tuh, kalau mummy budak buatkan mau macam kerang busyuk menahan marah ahaks!

Dah berdengkur pun Bb Dhiyya .. erm....macam tak seswai dah panggil baby kan? hehhee.. tak sabar bak tunggu esok, lusa . ..tulat.. nak tengok pembesaran anak didepan mata... jadi. tidur lena2 yer anak mummy..mummy saaaaaayang dhiyya.. Sayang selalu...

Wednesday, April 8, 2009

perasaan yang seperti rojak bercicah bubur pedas


salam rindu..kawan-kawan,

Sudah berhari rasanya tidak berceloteh disini... bercuti, berehat, balik kampung, no idea or terlalu banyak bahan untuk diceritakan dan tak tahu untuk bermula dimana... adalah antara alasan-alasan yang seswai menyebabkan blog ni tak berupdate berhari-hari lamanya..

Aku ketandusan idea sebenarnya..mesin jahitku juga sudah seminggu tidak bersentuh lagak isteri merajuk tidak dibelikan rantai idaman atau seperti kera yang tidak diberikan bunga.. ahaks!! begitu jauh patah perumpaan ku tersesat... harrus cikgu B.M mengamok dengar pepatah baru nih ;p

Mmph.. tak tahu untuk bermula dimana... untuk itu..
perdengarkan puisi dangdut.. dariku.. yang bertajuk... "Sebelum mata terlena"

Sebelum mata Terlena,
Kudendangkan bicara,
Buat si Kecil Manja..
Juga Suami tercinta..

"Bissmillahirrahmanirrahim...."
Bismika Allahumma Ahya Wa Bismika Waamutu...
Aminnnn...
;)

Selamat malam sumwa
Semoga esok memberikan warna2 ceria buat mewarnai kehidupan kita..

Friday, April 3, 2009

PUAK BADWI..



yA.. rakan dan taulan,
hari ni mungkin saya akan bercerita panjang....

Sekali lagi di hujung minggu ini kami rakan seerja di off. akan meneruskan perjalanan hidup seperti orang badwi.. berpindah dan merandah.. yesza.. saya sebenarnya tidak suka dengan aktiviti berpindah randah ini kerana :

1. Setiap kali kemunculan bos yang baru maka setiap kali itu juga kami akan dikerah untuk mengubah susun atur pejabat serta kedudukan bilik kami.. yes.. kawan-kawan kalau takat pindah ponggong tuh taklah bermasalah sangat tapi when it comes tuh barang2 segala macam fail dan rekod My......... God.. hampir gila dibuatnya... begitulah masalah kakitangan gomen seperti kami ni ;p

2. Setiap tahun semenjak 2006 yes.. bos saya kerapkali bertukar wajah... saya pun tak tahu kenapa seperti kelas yang gurunya sering bertukar2 mungkin kami anak murid bukan peberet.. heheehee ataupun keputusan menukarkan pegawai itu adalah kesilapan ahlil mesyuarat lembaga yang sentiasa silap mengatur percaturan siapa yang sepatutnya atau seswai ditempatkan di satu2 pejabat Bahagian.. huh... penat i... tau pindah2 nih.

3. Esok i nak balik kampung seawal saturday mownin nan indah tapi terpaksa dibatalkan dek kerana kerahan untuk melaksanakan gotong-royong pejabat. huh! dah nasib kuli ;p.

4. Alangkah happynya andainya mase tuh diisi dengan melaksanakan projek menjahit i yang tak tersentuh2 pun lagi tu.. quilting tuh dah sebulan tertangguh..

5. Sangat...... suker aktiviti menjahit tetapi sentiasa tertangguh dek kerana kekangan masa.

6. Owh.. ya berbalik kepada cerita perpindahan kaum badwi tadi ergh... nak merafak sembah dengan my boss kejap lagi request nak buat aktiviti perpindahan tuh time rehat Tenghari nanti , Boleh?(heheeh pompuan tak wajib yer solat jumaat) so. rehat jumaat nih panjang ckit. bolehla buat aktiviti mengemas bilik baru nanti.. ergh... tensen bilik kiter nih aircondnyer baru lagi kena servis.. selesa ckit..sejuk, bilik baru tuh panas.... aircondnyer lembap.. ergh....

ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME =P

1. Work is never ending process. You can never finish the works. 2. Interest of a client not more important than your family. 3. If y...