Thursday, October 8, 2009

Siri makan2 dan takut2






Gambar adalah sekadar hiasan (ruper lebih kurang) ..tak sempat nak snap lapar sungguh dah licin pinggan baru hengat..;p

Hari ini kami main masak-masak di opis.. ;p
ada potluck.. ada yang bawa cencaluk, sambal belacan, tempoyak, dabai masin, nasi, sayur petola, sayur sawi..ulam mempelam, mentimun, dan aku sendiri dengan gembiranya.. bawa kari ayam..homemade yer kawan-kawan pepagi dah masak... opss ikan masin dan lain2 (tak ingat dah nama ulam...)

sampai opis lak, agak-agak kaunter dah clear kitorang jalan2 gi tamu (depan opis jer pun) untuk membeli-belah segala jenis ulam... sempat tumbuk2 sambal lagi di opis.. owh...sungguh bahagia..kena lagi time bos outstation kekeekeke...

Minggu nih sebenarnya agak sunyi dan sedih :/ En. Suami telah outstation ke Mulu, hanya tinggal bb dhiyya dan mommynya..sangat sedih tau.. sejak berkahwin En.suami adalah jarang ditugaskan untuk keluar daerah.. bila kena outstation si isteri hampir meroyan tau.. hehehe (over kan) bukannya apa.. mengenangkan kena hangkut segala macam bekal dan bb dhiyya naik dan turun quarters kami yang tersangatlah tinggi hampir membuatkan aku ikut sekali ke Mulu walaupun cuma seminggu .. dihati tersangatlah pilu.. huk!huk!

Ops.... jauh lak tersesat.. tengahari tadi di opis makan dan berulam sampai senak perut.. nak bangun pun tak leh.. kena lagi sambal tempoyak dan ulam belacan.. dan esok hari kawan-kawan cakap nak buat linut a.k.a ambuyat lagi.. aduh! aduh! macam mana nak diet kalau hari2 macam nih... sedap dan lazat. Makan sampai bertambah-tambah tak hengatttt ;p

Nak cerita ni .. hari Selasa yang lalu sangatlah menggerunkan.. bermula jam sepuluh malam hujan turun renyai-renyai tetapi bunyi angin sangatlah mengerikan berpusing-pusing sampai tingkap dan pintu yang ditutup pun masih berkeriuk kerikut sangat takut tau.. lebih-lebih lagi cuma kami berdua di rumah .. baby dhiyya sangat takut sampai tak lekang berpeluk dengan aku.. aku lak sebenarnya pun sangat takut tapi buat2 tak takut kerana takut akan menakutkan anak sekali.. sungguh takut tau cerita ini sampai takut pun tak tak boleh mengambarkan berapa takutnya aku, sebelum ribut serta hujan melanda sempat chit chat dengan kakak ipar dan baru dikhabarkan cermin kereta father in law sampai retak kerana guruh (guntor) di kampung (bintulu) hujan lebat dan angin kuat.. sangat takut.. lebih2 lagi bila menerima message kawan2 di facebook untuk beware kerana tsunami dan earthquake dibimbangi berlaku di Sabah dan Sarawak (even rumors).

Agak kepelikan sebenarnya bila on t.v takde lak cerita rumors2 pasal tsunami .. segera menelefon Suami tercinta dan encik sumai menemankan kami berdua di dalam telefon dan suruh jangan susah dan jangan forwardkan mesej yang belum dibuktikan kesahihannya heheheehehe Sumpah time macam nih.. berjanji akan ikut suami sekali untuk outstation lain kali ;p

blog nih dah jarang nak update... bukan tak bukak.. hari2 pun bukan tapi dok melangut kat blog kak rima dan k.pnut, jiey.. ..dan kawan2 lain .sangat best... idea ada datang mencurah2 tapi entah mengapa... belum ada mood... kalau ada yang baca ..(macam lah ada) sebenarnya sangat rasa bersalah dan bedosa sebab kalau kita melangut kat blog kengkawan tapi tak update pasti berasa tersangat keciwa.. tapi bila sendiri tak update pun rasa bersalah tapi... tapi.. kengkadang masa tak mengizinkan kengkadang mood la yang spoil selalunya..

anyway.. selamat hari raya .. dengan ucapan dah habis puasa 6 ke... ;p

2 comments:

Lady Liza said...

Hehe kak.. ada juwak k pelok ya ok apa :P
Yg hari ya, syukor benar dah tido sik sedar dunio.. saye ni pobia time hujan lebat angin kencang, maklum nyaris dulu2 ish... nauzubillah!

Nour El AiN said...

apa kes..
pobia
kenak... ngutik ehss

ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME =P

1. Work is never ending process. You can never finish the works. 2. Interest of a client not more important than your family. 3. If y...