Sunday, October 18, 2009
Dilema hujung- minggu
Hari minggu yang biasanya mendamaikannn... Mmmph..
Hari ni En. Suami kena bekerja di hari minggu ... sangat memboringkan lebih-lebih lagi bila opis aku turut mengadakan gotong-royong di pagi minggu.. huh! gutung-ruyung 5S kunun... dah 2 tahun aku dengar irama yang sama, tak bergerak kemanapun..
Yang paling kesiannn bb dhiyya la... sian anak mommy.. hari nih bertekad tidak akan menghantar anak tercinta ke rumah pengasuh... biarla.. hari nih nak baawak jugak si anak sama-sama ke opis. At least kami ada masa untuk bersama-sama =) bukannya hari lain kami tidak bersama-sama tapi hujung minggu ni la masanya kami bersuka ria dan beraktiviti bertiga heheheh mujur En. Suami cuma bekerja separuh hari.. sekurang-kurangnya ada separuh hari lagi untuk kami bertiga..
Percayalah.. aku rasa kawan-kawan lain yang berkeluarga pun memang mengalami perasaan yang sama macam yang aku rasa kan... kerja memang tak kan habis-habis.. tapi anak semakin membesar.. dan masa tidak akan pernah berulang hatta kesaat pertama aku menyentuh keyboard tadipunnn..
Oleh itu, seboleh-bolehnya aku tak mahu ketinggalan meneroka sesuatu yang baru bersama-sama anak tercinta =)
Oleh kerana kereta cuma satu dan baby dhiyya masih tidur.. (kes tidur lambat la ni) aku menyuruh suami tercinta pergi kerja dahulu kerana memang dia kena masuk opis b4 8.00. Gotong Royong di opis juga bermula pukul 8 sebenarnya (janji melayu) tapi mengenangkan anak tercinta juga masih lena diulit mimpi tak sampai hari rasanya membangunkan dia. Dahla hari-hari bekerja pun kena bangun awal... siannn anak aku :/ dari umur 2 bulan dah kena ikut rutin ibu-bapanya ...
Aku sempat berpesan kepada hubby untuk jangan lupa amik kitorang berdua jam 9.30 nanti ... siann baby masih tidur.. mujur En.Suami faham harap-harap bos En. Suami pun akan paham juga ;p
Jadi sementara menunggu baby dhiyya bangun.. aku menyempatkan diri untuk bergendang disini =) dah lama juga rasanya tidak meninggalkan apa-apa jejak disini ...
Bukan tidak pernah cuba menulis sesuatu.. tapi.. biasanya ayat pertama aku sudah kematian kata-kata .. bukan tiada cerita tapi .. kadang-kadang separuh cerita aku jadi buntu..
Nantikan entry gotong-royong akan datang yea... =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME =P
1. Work is never ending process. You can never finish the works. 2. Interest of a client not more important than your family. 3. If y...
-
Teeheeeheheh.. apa cer hupdate blog tanpa salam tetiba sesengih sensorang =) Assalamualaikum w.b.t Maklumla besiaran di waktu pejabat...
-
Inilah projek terbaru saya... cepat dan pantas ;p semalam jer buat lebih kurang dalam 2 jam rasanya... untuk orang yang keletihan seperti sa...
No comments:
Post a Comment