Saturday, October 31, 2009

Entry sawang..



Hmm... bekurun lamanya blog ni dibiarkan berhabuk... sib baik takde cecak mati pun.. rinduuu sesangat nak melepak disini ;p

Sebab2 rumah ini bersawang adalah :

1) Terlalu sibuk hinggakan tak terjengokk pun hatta seminit dua.. sampai2 umah jer, masak, layan bb dhiyya n padammmm sesama at 8.30pm every night ;p .. hehee kununnya nak train kan si bbay dhiyya tido awal coz next year nak gi skolah... tidurkan anak sambil tidur sekali kekeekeke =)

2) Baby dhiyya kena ulser kat bibir sebelah bawah dan diikuti dengan demam yang merengek. (memula cerita nak jadinya ulser tu adalah apabila si cute ni sangat rajin habit wet tissue sekotak buat lap body bycycle nya .. hu! macam kotor.. ended by terhantuk bibir kat handle bycycle dan berdarah.. da next day jadilah ulser lak... =( siannn baby.

3) Lap top kiter lama dah kene curik.. hari tuh ada cetakan... kan..kan... jadi lap top suami yang selalu kita wat menebeng tuh kena pinjam ngan my sis... ( lap top dier dan pinjamkan untuk adik kat IP, lap top off lak tak sampai lagi.. so pinjamkan dier dulu. .. since kita pun takde lagi nak guna =)

hehehe itulah antara sebab musabab laman ini bersawang yer kawan..

Sekarang nih tengah hujan di miri ... Encik suami lak ada outdoor game dengan officemate/Curtin university .. tinggalla kiter berdua dengan bb dhiyya... dhiyya lak sebok nengok ujan kat luar.. hopefully jadila.. my sis n atuk (oyang) dhiyya datang lepak kat umah hari nih.. Hmm... boringnyer...

Sunday, October 18, 2009

Dilema hujung- minggu



Hari minggu yang biasanya mendamaikannn... Mmmph..
Hari ni En. Suami kena bekerja di hari minggu ... sangat memboringkan lebih-lebih lagi bila opis aku turut mengadakan gotong-royong di pagi minggu.. huh! gutung-ruyung 5S kunun... dah 2 tahun aku dengar irama yang sama, tak bergerak kemanapun..

Yang paling kesiannn bb dhiyya la... sian anak mommy.. hari nih bertekad tidak akan menghantar anak tercinta ke rumah pengasuh... biarla.. hari nih nak baawak jugak si anak sama-sama ke opis. At least kami ada masa untuk bersama-sama =) bukannya hari lain kami tidak bersama-sama tapi hujung minggu ni la masanya kami bersuka ria dan beraktiviti bertiga heheheh mujur En. Suami cuma bekerja separuh hari.. sekurang-kurangnya ada separuh hari lagi untuk kami bertiga..

Percayalah.. aku rasa kawan-kawan lain yang berkeluarga pun memang mengalami perasaan yang sama macam yang aku rasa kan... kerja memang tak kan habis-habis.. tapi anak semakin membesar.. dan masa tidak akan pernah berulang hatta kesaat pertama aku menyentuh keyboard tadipunnn..

Oleh itu, seboleh-bolehnya aku tak mahu ketinggalan meneroka sesuatu yang baru bersama-sama anak tercinta =)

Oleh kerana kereta cuma satu dan baby dhiyya masih tidur.. (kes tidur lambat la ni) aku menyuruh suami tercinta pergi kerja dahulu kerana memang dia kena masuk opis b4 8.00. Gotong Royong di opis juga bermula pukul 8 sebenarnya (janji melayu) tapi mengenangkan anak tercinta juga masih lena diulit mimpi tak sampai hari rasanya membangunkan dia. Dahla hari-hari bekerja pun kena bangun awal... siannn anak aku :/ dari umur 2 bulan dah kena ikut rutin ibu-bapanya ...
Aku sempat berpesan kepada hubby untuk jangan lupa amik kitorang berdua jam 9.30 nanti ... siann baby masih tidur.. mujur En.Suami faham harap-harap bos En. Suami pun akan paham juga ;p

Jadi sementara menunggu baby dhiyya bangun.. aku menyempatkan diri untuk bergendang disini =) dah lama juga rasanya tidak meninggalkan apa-apa jejak disini ...

Bukan tidak pernah cuba menulis sesuatu.. tapi.. biasanya ayat pertama aku sudah kematian kata-kata .. bukan tiada cerita tapi .. kadang-kadang separuh cerita aku jadi buntu..

Nantikan entry gotong-royong akan datang yea... =)

Saturday, October 10, 2009

Baby Dhiyya






Ada sorang budak yang baik telah dibawa oleh mommynya ke sebuah shopping complex untuk menghilangkan perasaan keboringan yang setelah seminggu ditinggalkan Encik suami untuk outstation... ;p Sedang mommynya tergedik-gedik seorang diri sambil menyorong stroller si kecik di bahagian Comforter ... tiba-tiba kedengaran suara seorang budak kecik yang menyuruh berhenti dengan nada yang agak mengejut dan pitching yang tinggi serta nyaring...

Stop! mommy Stop! belli ayoplane mommy ayoplane mommy sambil jemari halusnya menunjuk kearah satu set comforter bercorak aeroplane dan heli in blue n red colour... king size pulak tuh! Si ibu cuba memujuk dengan berkata... jom jalan-jalan pegi mamam n buy some toys.. jom! jom! Comforter cam gini orang tua jer nih.. orang tua jer beli...

Si anak mula menunjukkan riak ingin membantah...Memula si anak dengan pitching nada 1 dan dua... setelah permintaan kurang dilayan.. tapi sejurus sahaja si ibu menolak stroller untuk ke bahagian lain.. tuhhhhhh dia.......... "mommy stop mommy stop... stop! stop! stop.. belli ayooplane abah mommy aeyoplane abah... antek mommy antek..."

Si ibu sebenarnya bercadang untuk membeli comforter untuk diri sendiri dengan design yang agak "romantik" kekekeek tetapi harapan itu telah dimusnahkan oleh si kecik dengan 1 set comforter bercorak heli dan aeroplane kaler biru merah lak tuh... yang paling syahdunya bila hanya ada 1 size untuk pattern sebegitu... King Size tuhhhh dia amik kau.. takkan nak boh kat katil mommy kan.. maka.. demi untuk tidak mengelam kabutkan suasana selain dari agak lama gak dah tak tukarkan comforter si kecik maka si ibu pun dengan ikhlas dan baik hati belikan gak la comforter king size untuk si kecik tercinta... =)

boleh anda bayangkan betapa sengsaranya si ibu memikul satu set comforter king size sambil menyorong stroller si kecik dan sejibik handbang waima jenama LV sekalipun... tak akan mampu mengembalikan keayuan diri... kelam kabut sungguh.. tepaksa hantar barang dalam keta dulu baru dapat masuk semula ke shopping complex untuk menapau k.f.c untuk kami berdua...

Untuk menambahkan lagi keharuan ... si ibu tepaksa pulak memikul comforter set, si kecik yang dah keletihan .. handbag ..serta bekalan si kecik yang diambil dari umah pengasuh petang tadi... sampai2 jer tingkat 6 masuk pintu... hampir2 keputusan pernapasan... help! me... help me!

Suami tercinta... cepat balik yer..

Thursday, October 8, 2009

Siri makan2 dan takut2






Gambar adalah sekadar hiasan (ruper lebih kurang) ..tak sempat nak snap lapar sungguh dah licin pinggan baru hengat..;p

Hari ini kami main masak-masak di opis.. ;p
ada potluck.. ada yang bawa cencaluk, sambal belacan, tempoyak, dabai masin, nasi, sayur petola, sayur sawi..ulam mempelam, mentimun, dan aku sendiri dengan gembiranya.. bawa kari ayam..homemade yer kawan-kawan pepagi dah masak... opss ikan masin dan lain2 (tak ingat dah nama ulam...)

sampai opis lak, agak-agak kaunter dah clear kitorang jalan2 gi tamu (depan opis jer pun) untuk membeli-belah segala jenis ulam... sempat tumbuk2 sambal lagi di opis.. owh...sungguh bahagia..kena lagi time bos outstation kekeekeke...

Minggu nih sebenarnya agak sunyi dan sedih :/ En. Suami telah outstation ke Mulu, hanya tinggal bb dhiyya dan mommynya..sangat sedih tau.. sejak berkahwin En.suami adalah jarang ditugaskan untuk keluar daerah.. bila kena outstation si isteri hampir meroyan tau.. hehehe (over kan) bukannya apa.. mengenangkan kena hangkut segala macam bekal dan bb dhiyya naik dan turun quarters kami yang tersangatlah tinggi hampir membuatkan aku ikut sekali ke Mulu walaupun cuma seminggu .. dihati tersangatlah pilu.. huk!huk!

Ops.... jauh lak tersesat.. tengahari tadi di opis makan dan berulam sampai senak perut.. nak bangun pun tak leh.. kena lagi sambal tempoyak dan ulam belacan.. dan esok hari kawan-kawan cakap nak buat linut a.k.a ambuyat lagi.. aduh! aduh! macam mana nak diet kalau hari2 macam nih... sedap dan lazat. Makan sampai bertambah-tambah tak hengatttt ;p

Nak cerita ni .. hari Selasa yang lalu sangatlah menggerunkan.. bermula jam sepuluh malam hujan turun renyai-renyai tetapi bunyi angin sangatlah mengerikan berpusing-pusing sampai tingkap dan pintu yang ditutup pun masih berkeriuk kerikut sangat takut tau.. lebih-lebih lagi cuma kami berdua di rumah .. baby dhiyya sangat takut sampai tak lekang berpeluk dengan aku.. aku lak sebenarnya pun sangat takut tapi buat2 tak takut kerana takut akan menakutkan anak sekali.. sungguh takut tau cerita ini sampai takut pun tak tak boleh mengambarkan berapa takutnya aku, sebelum ribut serta hujan melanda sempat chit chat dengan kakak ipar dan baru dikhabarkan cermin kereta father in law sampai retak kerana guruh (guntor) di kampung (bintulu) hujan lebat dan angin kuat.. sangat takut.. lebih2 lagi bila menerima message kawan2 di facebook untuk beware kerana tsunami dan earthquake dibimbangi berlaku di Sabah dan Sarawak (even rumors).

Agak kepelikan sebenarnya bila on t.v takde lak cerita rumors2 pasal tsunami .. segera menelefon Suami tercinta dan encik sumai menemankan kami berdua di dalam telefon dan suruh jangan susah dan jangan forwardkan mesej yang belum dibuktikan kesahihannya heheheehehe Sumpah time macam nih.. berjanji akan ikut suami sekali untuk outstation lain kali ;p

blog nih dah jarang nak update... bukan tak bukak.. hari2 pun bukan tapi dok melangut kat blog kak rima dan k.pnut, jiey.. ..dan kawan2 lain .sangat best... idea ada datang mencurah2 tapi entah mengapa... belum ada mood... kalau ada yang baca ..(macam lah ada) sebenarnya sangat rasa bersalah dan bedosa sebab kalau kita melangut kat blog kengkawan tapi tak update pasti berasa tersangat keciwa.. tapi bila sendiri tak update pun rasa bersalah tapi... tapi.. kengkadang masa tak mengizinkan kengkadang mood la yang spoil selalunya..

anyway.. selamat hari raya .. dengan ucapan dah habis puasa 6 ke... ;p

Saturday, October 3, 2009

Laporan Raya =)




Nampaknya.. aku antara yang terlewat menghantar laporan Hari raya.. maaf ya kawan..gambar sekelaurga juga tidak dapat diupload kerana tertinggal di kampung halaman ;p hehhehee

Cerita hari ray akmi sangat meriah.. seronok walaupun untuk kesekian kalinya kami masih bertiga heheeheh ada juga soalan2 cepu emas dari sanak saudara serta rakan taulan yang menyinggah di telinga.. bila nak tambah lagi satu..? (skema betul cara penulisan aku kan.. eii )
sesopan mungkin aku menjawab.. aA.. kan teringin gak nak tambah belum rezeki.. padahal dalam hati aku.. dah siap2 ngan jawapan.. aku pun bekerja gak memalam macam hangpa... tak Allah tak bagi lagi nak buat macamana.. syukurlah dengan apa yang ada =) wink..;p nyah kau... siap boleh pertikai lagi ko... planning kot.. nanti dah tua baru sibuk nak beranak... dalam hati aiii ammboiii hang.. sesedap mulut jer cakap aku yer.. apa.. kalau aku tak preggie lagi ko sakit ke .. huish.. sakit jiwa betul.. anyway... biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.. aku percaya sampa masanya.. kalau Allah nak bagi tang2 tuh jugak kelar seploh orang.. ko nak cakap apa.. hehehe =)

Ehs.. ceta raya tadikan? Tahun ni hubby dan aku amik cuti raya 3 hari plus2 jadila seminggu masuk sabtu, ahad , public holiday.. bolehla... tapi tak semua umah sedara pun sempat gi tahun nih.. macam tak cukup lak.. masa kat umah ngan orang tua, mentua dan adik-beradik pun macam tak cukup jer.. Mmmph... teringin nak cuti lama2 dapat masak macam2 dan belajar masakan macam2 dari ibu tercinta =)

Baby Dhiyya macam biasa, kalau balik kampung.. apalagi bila kat dpean mak nek, pak nek, wan dan akinya lebih2 lagi.. naik tanduk lah budak tuh.. sumwa peraturan dah buang tepi.. kejanya raya ni tadi.. dok lari kuar umah nak gi menyeberang jalan raya depan umah... ish... sakit ati tol la.. dah nama nya hari raya takkan la nak tutp pintu jer kan.. umha mentua aii lak takde gate depan umah terus jalan besar.. tu lah tempat yang paling bb dhiyya minat nak berlari.. sakit jiwa betul dok tangkap2 dia lepas.. dah geram sangat aku cubit gak.. dia ingat buat lawak apa lari2 camtu bahaya tol.. la.. aku lak macam pompuan sakit jiwa, lari tak pakai selipar pun tangkap dhiyya dok terheret2 ngan bj kurung.. eiii geram betul.. kalau dah nangi tuh.. siaplah ada assisstant nya aki n wan.. yang sayannnng tol kat cucu sorang tuh takleh nak marah.. kena bela sajer .. aku cubit jer biar serik.. punnn tak serik jugak.. (budak katakan) jadilah aku cuti nih tadi lebih kurang sebagai penjaga pintu.. hheehe

kawan-kawan..hari tuh kan ada org cakap takdemood nak beraya .. baju raya pun takde lagi.. tahu-tahukan.. ada handbag raya samapai 2 biji.. baju raya sampai 5 pasang.. tuh dia.. penangan raya last minute.. tambah Emcik suami yang sponsor.. mau tak bahagia.. kekkekeke .. keji sungguh ;p sapa la tuh kan...

alamak.. bb dhiyya dah bangun.. kena bagi nenen dulu.. ada masa kita cerita lagi yer =)

ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME =P

1. Work is never ending process. You can never finish the works. 2. Interest of a client not more important than your family. 3. If y...