Dah beberapa hari blog ni kelihatan menyepi... tido barangkali, seperti tuannya juga.... keletihan.. setelah seminggu melayani karenah umum... sebelum itu... jgn terkejut sifu hokageku.. aku menukar bahasa.. bukan kerana lupakan belacan mahupun cencaluk.. sekadar sekali sekala ingin merasai budu dan keropok lekor.. hehehe
Cuti - cuti malaysia...
tiada kemana-mana...hari Sabtu sekadar melayani karenah suami terchenta & buah hati mama, Si Ahmad Dhiyya ;p masakkan sesuatu untuk family terchenta.. sup ayam+carrot utk makan tengahari & malam (p/s kira malas masak malam lah ya) berselera sungguh si kecik makan.. heheheh.... tengahari kami bertiga bergelimpangan di depan t.v tido...... enak sungguh hidup ini.. kalau la boleh hari2 begini... jadi! bagi ibu yang diberi nikmat menjadi suri rumah sepenuh masa.. syukurlah.. jgn gatal2 pulak nak mintak izin suami keluar bekerja( mahu tambah pendapatan kononnya) kalau jadi kakitangan gomen macam kami, baru tahu .. ;p nikmatnya duduk di rumah jaga makan minum pakai suami dan anak2.
Ahad... hari ini, oleh kerna terlalunya boring maka aku dgn pantasnya mengambil sebatang pen & kertas kosong mengajak suami mengubah susun atur perabot di rumah.. cari suasana baru kononnya.. aku mula melukis pelan , mengalih t.v kesitu.. buai anak disini.. meja computer suami di sana.. meja makan disinun.. huh! lagak seorang arkitek..
muahahahaaaa tiba2 suami terchenta menghamburkan tawanya.. muahahahaa aku naik eran .. why? dia dgn lagak selamba berkata.. kok serius bener lukisnya.. gaya eric.. huh!
hehehe... aku pun join sama.. bukan apa... siap complete lukis pintu & tingkap macam la quarters gomen ni boleh nak renovate hehehehe..
Anyway setelah hampir setengah hari bekerja.. cantiklah jugak ruang tamu,ruang makan dan meja com hubby terchenta..kemas tersusun.. cuma pening sedikit, memikirkan mainan si kecik Dhiyya..yang semakin membukit... cuma hari ini aku tambahkan sedikit ruang di ruang tamu untuk bersolat & membaca Al-Quran senang ...kalau2 si kecik mintak susu.. kalau2 si kecik menangis di buaian, macam barang mudah dicapai.. hheheeheh... hubby terchenta pun memuji susun aturku kali ini.
Erm... sakit betoll rasa badan setelah main angkat2 barang walaupun dengan assistant terchenta.. ; ) heh!
now..si kechik dah tido.. hubby sebok membelek Model Gundamnya yang baru siap dipasang..aku ambik kesempatan mengupdatekan blog ni sebelum si sifu Hokage memekik lagi hehehehe... macam mana cempedaknya?
ok fren.. at last sebelom aku terlupa lagi... "SELAMAT HARI GURU" buat sumwa guru2 ku dari kecik sampai ke besar... specially guru yang mengajarku bagaimana untuk hidup.. Guru Bapak dan Guru Emak... i luv u too..
No comments:
Post a Comment