Monday, April 18, 2011

DIET ?????????













Hah!
Ini baru breakfast...
Cuba habaq maii
Macam mana nak diet?
Menu adalah menggegar jiwa

Chocolate pancake wif hazelnut ice cream + whipped cream n strawberries
Creamy mushroom soup
Garlic bread.. rangup ya amatt
pergh... nak low carb apernya..
tepung sekiannnn gula sekiannn..
maka dietpun  sekiannnnnnnnnnnnnn
setelah dihitong congak darab bahagi
masih lah jugak 46.6 kg
keras dan degil betul lemak2 last nih.
ish.. ish..
owh En. Suami dan anak-anak
jangan lah request menu yang meribut badaikan ombak nafsu makan nih...
kan dah terrrrr masak yang sweet- sweet...
Yang Syedappp syedappp
kan.. kan... kann
dah ter.. ter...ter...
join sama....
ish..ish..ish..

Thursday, April 7, 2011

BERAT BADAN =P





Hahahaaha .... Muncung.. huduh bebenor... patutla En.Suami candidkan =p
(biar sendiri lihat sendiri sedar...)






Tak senonoh.. lepas makan garu2 pipi, bibir muka...  owh... kerut di dahi membuktikan diri semakin kertu...






online... online... dimana-mana.. =D ..
Hahaahahah ini adalah buktinya...
Amboi..amboi..amboii... badan dalam gambar semangat betol.. naik terus mencanak-canak... kalau depan2 mau pengsan kengkawan lama nampak nih.. maklum la time study org panggil katik la pinggang buruk keruak la u know da keruak is da name of 1 bird spesies. in Sarawak we call it "KERUAK".. hahaahahahaa ala burung kecik yang lari laju dlm katun roadrunner tu...







takper.. meh kita online dan study ini atkin diet terlebih dahulu.. ya semasa study bolehlah kiranya dihidangkan sepinggan pasta dan ala-ala 2,3 kepak ayam madu hihihihiiii =p ..



Pingsannnnn lagi sekali.. 
Sebenaqnya kita nih tak sedar badan sendiri semakin naik... bila tengok gambar sendiri baru tahu, baru mengerti baru "SEDAR DIRI" perkara ini tak boleh jadi.. tak boleh dibiarkan berlanjutan dan berterusan ... amboi..bunyi macam calom kempen parti toot!! di Sarawak yang baru nak kecoh 2.3 hari nih... hahahahaha !!!


owh.. kembali ke pangkal jalan..

Adapun dengan ketinggian 144cm ini adalah tidak seswai atau kata-kata sensitipnya huduh... benor kalau berat tuh.. mencecah 50kg keatas ... mungkin ramai yang akan berkata sambil berbisik-bisik di telinga kawan mahupun hati sendiri .. takat 50kg apalah..sangat... tapi percayalah ketinggian pokok ini sangatlah katik sudahla ranum dan lebar ketepi hihihihi..maka selain dari tidak sihat (sakit kepala, pinggang, kaki cepat lenguh & stress)

Pada pandangan mata kasar juga tidak menarik.. nak beli baju pun susah.. al-maklumla.. bila baju ketinggian size S haruslah pinggangnya pun 24,25 bak pinggang kerengga... macam pinggang mak nih...tak mampunya nak menampung... tak payahla saya ceritakan betapa sihat dan membesarnya size pinggang saya... gambar diatas pun cuma sanggup menunjukkan paras muka sahaja hahahahaa.. (sekali lagi ketawa cover line)..


Nampak tak..bukti yang besar sekali lagi diatas.. kena guna baju size L barulah sisi pinggang boleh bernafas.. tapi Sila lihat bahagian bahu .. menggelebeh.. sebab size adalah 2 kali lebih besar dari saiz badan... begitulah al-kisah betapa sukarnya kami yang katik dan ranum ini mencari baju yang seswai...  silap pakai macam sarung nangka... itu bukan orang kata... sendiri yang nampak dalam cermin. hhehhee... (sengih cover lagi)


Oleh itew... marilah kita sama-sama berusaha .. menyah punahkan segala lelemak yang terkumpul selama ini..
okeh... Berat yang menyusahkan hati ini adalah..


Last Monday or masa gambar tersebut diambil(beberapa minggu lepas) adalah 48.7 kg (berat badan tertinggi bukan semasa mengandung) =p


Berat purata normal = 44kg (berat sihat kata doktor)


Berat idaman hati = 38kg owh... tolonglah ramai-ramai aminkannn...


Berat pagi tadi -baru 3 hari induction atkin diet = 46.6kg


Maka lelemak yang perlu diperangi untuk menuju berat badan idaman adalah ..


10.7kg ...


maka sehingga pagi ini 2.1 kg lelemak telah dimusnahkan ... another 8.6kg TO GO... YEAH!!!!!
CHAIYO!!!! CHAIYOK!!!!

Tuesday, April 5, 2011

Simple Salad




Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh =)
Senyum seindah suria yang membawa cahaya.... senyumlah dari hati ... duniamu berseri...
Kawan-kawan yang seangkatan dengan saya mesti la familia dengan lagu nikan... Ada pakcik tua senyum dan makcik tua yang gigi merah makan sireh pun suka senyum dalam video klip lagu nih.. dulu selalu kempen dalam tv RTM heheeheeee... sementara semangat senyum dan mood yang baik hari ni... nak kongsi 1 resepi salad yang simple ... sumwanya mudah.. tak perlu tahap pakar di dapur pun boleh buat.... jom kita makan sihat secara berjemaah...


Nama salad ni  adalah 
;
;
;
;
;
;
;
;
SALAD SEMANGAT KENTAL.... (HAHAHHAAAA!!! Salad ni teman bawak untuk bekal lunch hari nih... semangat kental tu lak.. supaya kental la sangat jiwa nih dari terorder mee goreng, laksa or nasik lemak dari bebudak opis hari nih.... hehheheheee -time entry nih ditulis..alhamdulillah... berjaya menyabarkan diri dengan disiplin makan di hari yang pertama ... hehehehe!!! harap2 berterusan lah hendaknya)


Owhh... ini adalah bahan-bahannya






1) Green lettuce barang sejambak dua... lagi green lagi bagus... 



2) Carrot ni lak kita hiris nipis-nipis... cemana nak cerita yek... tadi kita guna parut yang untuk parut cheese tuh nak bagi carrot nih nipis-nipis.. (kussemengat mujur jumpa ayat parut.. sikit lagi kita nak taruh kikir je tadi hihiihihiii - buatla dalam semangkuk kecik.




3) Semangkuk kecik broccoli yang dah direbus (En.Suami suka lagi lembut tapi ik. Isteri suka yang rangup time makan ada bunyi krup krap krup krap =)



4) Semangkuk kecik cauliflower juga yang sudah direbus



5) Jagung manis =) bubuhla dalam 2,3 sudu  (saya gunakan jagung dalam tin jer =p) sapa2 yang rajin boleh rebus jagung sendiri lebih fresh dan krup krap krup krap rasanya..




 6) Kacang peas pun dalam 2, 3 sudu


7)  Bawang besar dihiris nipis ( kita guna setengah biji je)


 8)  Dan Sebiji telur rebus or 2 biji sebagai penambah selera =)


Untuk dressingnya pulak...



1) Sebiji lemon diperah jusnya





2) Blackcurrant juice = hehehehe kami guna yang dalam kotak jer... kalau dpat yang fresh nih alahai bertuahnya badan ...



3)  Kulit kayu manis barang segulung dua..


Cara-cara membuat dressing 
Lemon , Cranberry juice dan kulit kayu manis dimasak atas api yang sederhana sehingga mendidih, pekat dan naik baunya (bau kulit kayu manis) Sejukkan dalam ice box. Setelah sejuk bolehla di gaul bersama salad yang telah disediakan tadi semasa menghidang... ( kombinasi ketiga-tiga bahan ini adalah sangat menjilat jari.. sebenarnya teringin nak tambah honey tapi takut termanis pulak.. takperla len kali boleh cuba lagi... 


Ini adalah dressing salad untuk dinner malam semalam. Untuk bekalan lunch tadi sebenarnya sempat simbah mayonis dan lemon jer sebagai dressing hihihihi..


Ok lah kengkawan... sehinggga bertemu kembali di dalam resepi yang simple lagi humble..
(Amboihhhhh baru posting sejibik resipi dah lambai-lambai tangan ala-ala dalam recording rancangan memasak hahahaaaa!!!!





(owh ini adalah bekalan lunch tadik... dah nak habis baru teringat nak snap ..dasar al-gojoh =p) salad wif strawberry tea =D







(yang ini untuk dinner semalam =p )

Monday, April 4, 2011

Atkin diets




Assalamualaikum w.b.t. sumwa2 yang tersayang..
hihihihhihiiii marilah mulakan hari kita dengan sengihan =p
Marilah kita bersama-sama berazam dan berjuang serta bersemangat kental..
Ayuhhhhhh!!!!!! Ayoooohhhhhh!!!
mara ke medan perjuangan..


;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;




Hendak tahu apa yang sedang saya perjuangkan... malah En.Suami pun dipaksa berjuang bersama.. 
macam biasa semangat dan azam yang dibawak dari tahun ke tahun.. dari bulan ke hari.. dari jam ke minit..
dah gian sangat teringin nak ikut azam kak p-nut yang kuat semangat tuh.. seronok lak baca forum kengkawan tentang atkin diet.. makanya insan yang lemah ini pun teringin untuk mencuba... owh.. Tajuk diatas dah jelas-jelas ternagkan pekebenda yang kita nak paparkan hari nih...


Malas nak cerita panjang.. rasanya mungkin ramai yang dah baca tentang atkin diet nih.. kira macam kurangkan karb dan tinggikan protein (owh..sila betulkan kalau teman tersilap paham) kiranya ada macam tempoh induksi jugak.. untuk 2 minggu pertama.. A BIG NO! NO! to nasik, roti, kentang, mee segala jenis dan segala jenis karbohidrat yang sewaktu dengannya.. tapi boleh la nak makan daging, ayam , ikan, telur.. sayuran terutama yang hijau... 


Doakan la kami semangat nak ikut disiplin diet nih yer kawan2..
bukannya apa, semenjak dua menjak nih selalu sangat sakit kepala... kepala rasa berat semacam..urat belakang kepala rasa tegang sangat.. jalan macam nak pengsan.. badan selalu lesu... cek kat klinik ok pulak bacaan darahnya.... takde la tinggi pun.. takut jugak la kita kolesterol ke apa kan.. maklum la makan langsung tak jaga... sumwa nampak sedap.. huhuhuhu =p


Sekarang nih... dah banyak sangat dengar bab2 strok nih.. penyakit tak mai dekat orang tua jer.. sekarang muda-muda pun ramai yang strok .. darah tinggi , kencing manis pakej utama tuh tok sah cerita la. kat opis.. budak2 muda pun ramai yang kena.. so.. kita yang kertu nih pun.. beringat la jugak..


Ish.. Ish... panjang la pulak ceritanya kan.. padahal nak tayang menu kita dan En.Suami malam ni jer.. hehehehe silakan jamu mata yer kawan-kawan...









ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME =P

1. Work is never ending process. You can never finish the works. 2. Interest of a client not more important than your family. 3. If y...