Sunday, August 16, 2009

Psst.... Diari Seorang Ibu (Solehah kn bunyinya ) =)

(pssst.. gambar ini hanyalah hiasan semata-mata)

Diari Seharian seorang ibu & Isteri..


Pagi =... heheheeh bersahur seorang diri (kekekee kes lambat ganti posa nih)
Kenapalah nak menggantikan posa sehari terakhir tu lah yang paling payah. (Sungguh tak senonohkan..)

Ya.. walaupun berpuasa tapi semangat untuk spring cleaning di hujung minggu sangat lah membuak2 dan mencanak2 kekeekek (sila abaikan ayat eksen tuh) sehinggakan termimpi2 nak berkemas pada hari ini. Hari ni aku berhajat nak membersihkan kawasan dapur yang kusssssssssssssemengat hidup segan mati tak mahu tu... oleh kerana akhir -akhir nih (cehh padahal sejak dari dulupunnn) sangat jarang mengasapkan dapur so.. aktiviti pertama aku dimulakan dengan mengutip dan memilih bawang2 yang kering dan yang dah bertunas pun untuk disemai di halaman belakang rumah kekeeke (pun ayat auta sebab kami dudok qurters gomen tingkat 6 pulak tuh) jadi sila jangan berangan-angan untuk mempunyai tanah dihalaman belakang untuk bercucuk tanam Huh!... eh mana kamu tahu.. entah2 esok lusa saya beli rumah banglo ataupun ayat omputehnya rumah bungalow hehehe yang backyardnya sangat cantik siap ada air sungai jernih yang mengalir lagi.. mana tahu saya menang peraduan gores dan menang tak pun hadiah peraduan cap beras yang ingin saya ikuti (padahal belum lagi) tempoh hari..
Huh!!!! sungguh jauh cerita bawang ke peraduan menang beras ya kawan2 biasalah... ini belog.. saya maka saya bebas untuk ber momentum apa sahaja.. biar guru bahasa saya kechewa.. ahaks!!!

Setelah jari - jemari halus saya menggodek-godekkan rak bawang saya saya beralih ke rak sebelah atas untuk bahagian rempah pula mmmph... banyal lagi bunga lawang... jintan putih, ketumbar, oregano, kulit kayu manis dan segala macam lagi masih dalam keadaan elok.. check expired date pun masih ok.. so aku pindah kan dalam bekas yang baru dan susun2 la balik.

Tupperware yang lama2 dan tunggang langgang ( disebabkan budah dhiyya tu sangat suka AFC# dan akibatnya habisalah segala mak nenek tupperware sudu sudip aku dibuat mainan masak2 nya.. huh! tak sangka anak bujang aku suka sangat main masak2 (asal jangan tukar jantina sudahhh) aku cuci sumwanya dan keringkan kemudian susunkan dalam kabinet.

Sinki, Dapur segala macam temasuk tingkap dapur selamattttt aku gosokkan, sabunkan urutkan eheh... dan cucikan.... tak la sampai berkilat tapi bersih dan tenang jugakla mata memandang.. sumwa ni persediaan untuk menyambut ramadhan yang bakal tiba.. aku berniat memboikot bazaar ramadhan yangsudah 2 tahun juadahnya.... huh!!! bagi tokey dia sendiri makan pun confirmmm tak lalu... daripada sentiasa kechewa lebih baik aku sendiri yang menjadi chef untuk tahun ni... lambat dan letih setelah balik dari off.. sudah tentu tapi kali ni aku betul2 bertekad nak masak yang enak2 untuk si buah hati dan kekanda terchenta (eiii over) selalunya sampai rumah memang2 ngam2 time azan maghrib tapi takpela.. aku cuba gak....

Fuh... setengah hari siapla...Dapur umah gomen tuh dikerjakan.. penat..? takderpun.. hauss memang iyer...;p

dah tengahari pun.. rebuskan pasta untuk baby dhiyya, abahnya tak nak makan.. diet kunun.. setelah siap kemas2 kan meja makan masa untuk nappingkan baby Dhiyya bagi nenen sebotol.. tuh.. dia ternganga tido... Hubby terchenta pun lebih kurang sama turun naik berlawan sapa paling kuat dengkur heheheeh Saaayanng hero ku nan terchenta nih..

Aku macam biasa lepas siap2 cuci botol nenen hero kecil tuh bersiap2 untuk surfing internet surfing resipi yang best2 eheh... posa sehari dah sibuk meeting nak makan apa...

Aku Plan minggu nih nak jahitkan sarung bantal untuk si kecik tapi... mood menjahit tak datang-datang pun lagi.... rajin oh! rajin janganlah tinggalkan aku lama2 sangat.. kain berlambak, idea mencanak.. tapi... semangat entah dimana...

No comments:

ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME =P

1. Work is never ending process. You can never finish the works. 2. Interest of a client not more important than your family. 3. If y...