Saturday, June 20, 2009

Satria Baja hitam.. or Gaban ;p

Ready to go.. mommy...
mok balit myy tok.. ok dah pewutt mommy ka.. kelak racing gik kita lak mummy ;p

Wa..... macam mata belalang kekekeeke .. bergaya anak mummy ehs... look like apek la.. =)

Main-main session semadi nunggu abah ngato barang lam keta ;p
mmmuah!! sayang anak mommy..

Monday, June 15, 2009

quilt





Inilah sedikit hasil mahsyul buah tangan aku bercuti sehari di hari Isnin =) maka untuk hari ini tiadalah istilah black monday untuk hand n leg gomen seperti kami kekekeke ;p

pinky quil nih tak siap lagi.. baru 70% jer siap..tapi tak sabar nak tayang hehehe dasar kaki tayang bukan penyabar orangnya kalau boleh nak buat banner tayang kat supermarket.. ;p quilt simple ya amattt tapi bab menunjuk melampau-lampau hehehe...

Dah siap 100% nanti kita tunjuk yer.. nih..sekadar pembakar semangat jer.. ada 1 lagi pprojek tak start..memandangkan esok dah nak kerja..maybe weekend nih baru kita mulakan project tuh.. (ish..buatla satu-satu kan... dasar tak menyempat huh!) nak buat crosstich roses menang giveaway k.fida hari tuh.. harap boleh mulakan secepat mungkin...

Doakan kita selalu sihat yer kawan-kawan dan dapat cuti banyak-banyak. boleh plan n buat project craft berkoyan-koyan.. whoa.. pokcik kayo..

Saturday, June 13, 2009

A Very Bad Day



Hari Jumaat adalah hari kedua aku bercuti-cuti Malaysia setelah aku berjaya mengclaimkan ot ku digantikan dengan cuti ;p itu adalah hasil mahsyul kerajinan (keterpaksaan) aku bekerja keras (secara kerahan) selama 2 minggu tadi.

Kami sekeluarga telah merancang untuk balik ke kampung dan menghadiri kenduri kahwin jiran tetangga serta sanak-saudara yang berada di Bintulu (sila abaikan gaya penulisan aku yang agak skema-mood kurang baik- memang begitu)

Pagi Jumaat di Myy tidaklah secerah biasa.. selain diliputi awan mendung kelabu... hujan juga turun denga lebatnya membuatkan kami sekeluarga teragak-agak untuk bangkit dari tidur yang nyaman namun jam handphone yang berdering berkali-kali menandakan jam menghampiri pukul 10 pg memaksa kami bangkit, mandi dan berkemas2.. ya oleh kerna mood aku yang tak berapa elok maka kami bertiga opsss berempat termasuk adik bongsuku yang menghabiskan cuti sekolahnya di miri bersarapan maggi sahaja... sedap,cepat ;p hehehe

Pagi ini dimulakan dengan awan mega mendung, maggi rasa macam air payau tawar.. (oleh kerana takut pedas aku telah merebus maggi 3 bungkus bersama perencah nya 2 bungkus harrus tak ngammm payau tawar..+ telur + sayur = x best...

Sebelum berangkat perutku selaku driver untuk perjalanan jauh (mata hubby not very clear utk perjalanan jauh..mengantok..) memulas-mulas.. ya kawan-kawan...aku terpaksa berlari dari tempat parking di bawah flat , bukak balik kunci umah dan sederas yang mungkin mengesan mangkuk tandas untuk mencari kedamaian di situ.. preeeeeeeeeeeeeeeeeepppp lega rasanya... mcam mana aku sorang boleh dilanda keinciran sedangkan menu kami sekeluarga dari semalam lagi sama... tapi yang lain-lain ok jer ;/ setelah memuaskan diri disitu aku pun turun semula ke bawah (6 tingkat woi... qtrs chekgu nih) untuk meneruskan perjalanan ke Bintulu.

Seawal perjalanan perutku tidak meragam..yang sedang-sedang saja..so aku selamba jerlah driving ala-ala cool gitew.. tapi selepas melalaui kawasan Nyalau... fullamak.... memulas tahap naga wo... peluh sejuk...biru hijau kaler muka.. seksanya hanya tuhan yang tahu mengepit hampir sejam tu.. ;/ aku rasa time-time macam tuh.. jangankan kena saman, bunuh orang pon sanggup ;p.. hubby n bb Dhiyya diam tak terkata..aku tau aku over speed aku tau dorang nervous tapi.. aku betul2 harap boleh sampai kat mangkuk ajaib tuh (toilet) umah orang tuaku jam-jam tu jugak....

Ada pulak.... lori minyak.. lori balak nak kena potong .... jalan lambat ciput... sakit ati betol.... Sesampai jer kat depan pintu gate toksah cakap terus melompat masuk umah.. bukak gate bukak pintu bukak grill fuhhhhhh toottttttttttttttttttttttt !!!!!!! setengah mati u.... aku ingat kena masuk spital dah kalau lambat seminit dua lagi.. air liur pun dah rasa pahit jer time driving tuh... azab sungguh.

Sebelah petang macam biasa sampai bintulu harus aku kiss bontot supermarket jugak.. hubby buat muka malas.. tapi walaupun mengalami keinciran yang teruk.. aku tak nak la durhaka dengan habit baik aku nih (shopping) huhuhu... walaupun payah nak pujuk hubby aku tau last2 mesti dapat gak... yang bertambah sadisnya bb Dhiyya buat aksi mengganas pulak kat kedai aku baru jer sambar selai kemeja untuk bb dhiyya tak dan pun lagi nak beli yang lain.. dah bb buat perangai panjat situ sini, pijak itew ini ish.. geram betul... nottie nottie nottie..last2 hubby yang masih tired (padahal tak puas main xbox lagi) ajak balik aku pun ikutkan aja.. padahal dalam hati tak siap shopping lagi nih.. jamu mata pun tak puas lagi.....

Yang suweinya sebelah malam pulak... adala jiran selang 2 buah rumah nak buat kenduri kahwin esoknya... punyalah koatt suara karaoke nya kalau dari jam 8.00 pm ke 11 pm aku sanggup sabar lagi.. nih. dari maghrib bawakku ke 12 tengah malam tak sudah lagi... bb dhiyya dahla tak napping siang tadi apalagi malam nih merengek la dia tido dengar orang sebelah memekak tak ingat jiran tetangga langsung... kalau ada mortar lama dah aku baling.. bilik kami belah depan toksah cakap la.. bunyi speakernya macam sebelah telinga.. sakit hati betol la.. bb dhiyya pulak memanjang jer merengek tak boleh nak tido dok minta dukung pinggan aku pun dah senget sebelah rasanya..

Dek kerana tak tahan + sakit ati + mengantokkk sesangat aku pun pakat ajak hubby keluar bilik n tido kat belah dapur.. jauh ckit dari ruang tamu dan bilik kami so.. boleh kot tidurkan bb dhiyya dengan aman... umph.. berangkut la memalam buta wif tilan n bantal + buai ;p

Skang nih bb dhiyya dah tido, hubby pulak sambung main game kat bilik adik.. adik tengok wrestling (borrringg) aku pulak terkulat-kulat dah tak mengantuk selain dari melawat tandas tak sudah-sudah... so.. aku dedikasikan keboringan aku nih dengan mengupdate blog dan melawat blog kengkawan yang lain...

Umph... what a bad day...;/

Thursday, June 11, 2009

diary cover







Inilah projek terbaru saya... cepat dan pantas ;p semalam jer buat lebih kurang dalam 2 jam rasanya... untuk orang yang keletihan seperti saya... serta baru lepas dilanda kesibukan... projek yang senang dan pantas sebegini sesuai benar digodek-godekkan untuk melepaskan rindu dendam si mesin jahit ;p

nantikan projek yang lain2 ya...

petang ni maybe nak buat pyjamas 4 hubby n bb dhiyya...

Wednesday, June 3, 2009

jangan..jangan...


Ya..kawan-kawan sila jangan-jangan.. buat masa ini
saya pun tak tahu macam mana boleh timbul entry yang bertajuk jangan-jangan ini...
jangan..ya jangan bertanyakan mcam-macam..jangan berandaian yang bukan-bukan..

Dunia saya sangat kelam kelibut sekarang ini.. sehingga saya merasakan saya tidak sempat untuk berbuat apa-apa... balik daripada bercuti gawai ya.. kesibukan itu terus menerjah bukan sekadar menerjah sahaja malah kesibukan itu terus-terusan menendang, menyepak malah menslap saya... wah!! ganas sungguh kesibukan itu terhadap saya kan kawan-kawan... Mujur saya penyabar orangnya... kalau tidak mungkin cuping telinga bos saya sudah tinggal sebelah, kalaupun tidak tinggal secebis..... bukan apa-apa oleh kerana kesibukan yang terlampau, saya hampir-hampir ingatkamn diri saya adalah mike tyson...

Jangan tanya saya macam-macam...
macam-macam pun tidak boleh bertanya..
bilalah agaknya saya boleh menggodek-godekkan mesin jahit lagi..
sungguh... kalau kesibukan ini terus-terusan membuli saya....
confirm.... cuping itu dari sehari-kesehari seperti sejambak nugget pada pandangan saya..
ya boss sila jangan-jangan...

ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME =P

1. Work is never ending process. You can never finish the works. 2. Interest of a client not more important than your family. 3. If y...